Tuesday, June 8

SUPERHERO BUKAN AKU

Bebas aku rasa bila tonton si layang-layang menari-menari gembira di bahu langit. Indahnya tarian mereka macam tarian jazz.  Kalau aku diberi kuasa untuk terbang, aku akan cuba sertai mereka.

Siang bertukar senja, aku rasa amat sayu bila lihat si omabak merembat si perahu. Ombang ambing si perahu di gigi pantai menahan kesakitan bedilan si ombak. Mahu saja aku lepaskan ikatan mati si perahu biar ia belayar jauh dari ombak. Tapi maaf si perahu, kau bukan milik aku.

Aku tak punya kuasa untuk tindakan sesuatu. Aku bukan orang besar. Aku bukan orang yang ada nama masyhur di semua pelusuk tempat. Aku bukannya orang yang boleh mengarah itu ini.

Tapi aku hanyalah manusia biasa. Yang bisa kau lihat di jalanan kaki lima. Tiada kuasa superhero. Tiada kelebihan power. Tiada tongkat sakti. Tiada penyapu terbang. Cuma ada satu aku ada, iaitu aku. Aku memiliki aku. Jangan pertikaikan apa yang aku ada. 

No comments:

Post a Comment