Sunday, February 28

FREE SPEECH

ibu bapa: terima kasih sebab tak membiarkan ikal kuros. berjuta pengorbanan yang ibu ayah dah buat, ikal akan balas satu hari nanti, insyaaallah.

adik beradik: terima kasih sebab selalu back up ikal bila ibu ayah marah. haha! and terima kasih banyak bersusah payah demi ikal.

rakan-rakan: terima kasih sebab teman aku selama kehidupan aku ni. tanpa korang, dunia aku kosong. serius. aku sayang korang semua. and apa-apa yang korang dah keluar untuk aku, aku ucap sangat-sangat terima kasih. 

teman wanita: tak ada ucapan untuk teman wanita kerana tak ada perempuan dalam hidup macam rakan-rakan yang lain.

honda wave 100: terima kasih kerana bayak berjasa pada aku selama ini. aku sayang kau.

practical: aku sangat-sangat tak berpuas hati selagi tak dapat tukar department. bagi aku turun kilang la samdol  dogol.

duit-duitan: terima kasih sebab selalu tak ada kat sisi aku wahai si duit durjana.

ok, itu sahaja.

Saturday, February 27

PEMUNGKIR AMANAH

serius aku tacing. korang wat aku camni. xpe. aku ingat. kowang janji. pastu cancle camtu je. aku pun bz la rakan2. tp aku xpena tolak korang ke tepi. malah aku bentang kan redd carpet kat tgh2 biar korang senang jalan. tapi korang lak yang tolak aku tepi tong sampah.

korang tau x, petang tu aku keje balik lambat sbb g port klang. aku sampai ofis kol 7. 45 pm. pas settle kemas laptop aku, aku tros gerak balik umah. aku gle babi punya speed bhai. dalam hati aku, biar lah accidnt. sekurang2 nya korang tau yg aku nk sgt jumpe korang. kol 8, mase aku kat subang, aku dapat msg dr nan. die ckp dia xley grak. una pon xley. die x de keta. aku suwo nek moto, die cakap die x ley bawak moto mlm.
silau katanya. then aku pujok punya pujok, last2 die x g gak. kecewa pertama aku dah muncul tibe2. then, aku tros kan gak. pastu aku cal bagak, bagak cakap die lambat. ok, xpe. aku xkesa. pastu aku dapat tau c-yan lak x ley. sedih doe. sorang2 janji tp cancle. senang2 je.

aku cal arip, arip cakap die da nak sampai.aku nak je cancle. tp nak wat camne. arip da nak sampai. bukan men segan wa cakap sama lu. nak x nak, aku terpaksa pergi sebab aku dah berjanji. kesian arip, dah la baru balik keje. teros gerak jumpa aku. kowang ni kawan apa doe. nasib bek la arip jenis yang x kesah sangat. dari luaran la, tapi dalaman dia aku x tau la macam mane. tah2 dia maki aku kot. sebab sume salah aku. fine, x pela. korang wat aku. aku akan ingat.

pasni, korang sume jangan harap aku nak lepak ngan korang. jangan sebut pasal lepak kat aku. aku x kan join. pergi M semua. lebih bek aku lepak ngan member2 tempat aku. sekurang2 nya dorang x macam korang.
ok, penutup dah abes.

Friday, February 26

PENGOMONGAN KOSONG


kau yang bernama manusia. perlu ke megah diri kau cerita itu ini dengan bongkaknya hadapan pendengar yang mungkin seminit lagi akan ludah tepat ke tapak muka kau? kau rehatkan sajalah mulut yang dianugerahkan oleh Tuhan kau. tiada yang akan menghulurkan sekeping duit 100 jika kau berkeriakan. 

aku meluat menjadi pendengar segala kisah takabbur kau. keyakinan yang tinggi dalam diri masih tidak dapat menawan hati penonton yang hadir depan kau. anggapan mereka terhadap kau hanyalah omongan kosong yang kau sering kali persembahkan pada penonton yang lain. malahan tiada yang akan menjadi juri bagi menghakimi kisah-kisah bombastik kau.

kau tak layak menjadi pencerita mahupun si penyair. apatah lagi menjadi pelawak. jika kau terbitkan novel sekalipun, mugkin tiada syarikat yang ingin membantu kau mencetak hasil luahan pendapat kau. kerana mereka tahu, kau hanyalah seorang omongan kosong.

Monday, February 22

LANUN TAK SEKOLAH

woi betina, aku sangat mendidih lah dengan diri kau. ikut kelazatan mulut kau je mengata family aku lanun. even aku ada hubungan  sedara dengan bos berpangkat besar kau tu, tak bermakna aku klon diri dia. mana pergi keadaban yang mak bapak kau didik? erghh. kau pikir, aku akan terharu kau kutuk-kutuk aku. tidak mungkin walaupun secebis. 

kalau kau dah kena marah oleh beliau, jangan babitkan titisan darah persaudaraan yang mengalir dalam tubuh kami boleh tak? kau ini sungguh kesialan la perangainya. tak cukup kau gelar family kami lanun, kau tambahkan kebencian aku pada kau bila kau jaja dekat semua manusia, bilang aku ada tali persaudaraan dengan bos. rahsia selama ni aku tampal walaupun berlubang sikit, kini dah meletop gara-gara kau. 

kau lah durjana sebenarnya. aku marah sangat sebab kau kata keluarga aku lanun? aku bukan keturunan bugis. bongok. aku keturunan minang zimbakwe la buto. kau tu lanun tak bersekolah sebab bapak kau lanun tak cukup duit nak hantar kau pergi sekolah. babi. ok. aku dah puas luahkan perasaan cinta aku pada kau. tamat.

Saturday, February 20

PENGEMIS HARAPAN

tolong jangan anggap saya begitu. saya bukan jenis yang gemar menganjing menghulur lidah mengikut jejak langkah tuannya. maaf, saya tidak di cop oleh brand macam itu. dan saya tidak akan meniup-niup angin kepada diri awak walaupun awak telah sentiasa sejuk. saya bukan jenis yang akan bersila di tepi jalanan menagih simpati dari awak-awak yang senang. so, jangan tuding jari hantu pada saya menyalahkan semua. 

bukan saya bermain dengan jiwa manusia, tapi saya akan tinggalkan sesuatu objek itu sekiranya objek itu tidak memberi tindakbalas yang sempurna kepada saya. itu pendirian saya, mungkin jua dari pandangan sisi saya yang amat jauh. jadi, jangan terkejutlah kalau saya ghaib dari dunia awak-awak semua. 

saya amat berbesar hati untuk mengemis maafan daripada awak-awak yang terasa dan yang menganggap saya salah satu dari jenis tahik. memang saya mengaku kerana awak-awak pun manusia seperti saya yang tak sempurna, bukan silap saya jika saya tak sempurna. awak pergilah salahkan manusia. sebab saya juga manusia. haha. jangan pening dengan statement ini. hanya putaran kata-kata yang dibuat.

Thursday, February 18

TANGAN AJAIB


semalam tak sempat nak post sebab ngantok sangat.
hari ini, saya nak umum, saya telah menang 5-2.
kepada abbad, walaupun saya tak sayang mean,  
tapi saya tetap telah mengalahkan awak. 
tangan saya masih belum cacat lagi.

peringatan: dalam dunia ini, jangan terlalu EXCITED.

Tuesday, February 16

MERAH-MERAH

cina punya tahun baru dah berakhir sampai hari ini sahaja. celik mata subuh esok adalah minggu baru permulaan tugas. kawan-kawan masih lagi bercuti sebab belum sampai usia kematangan, budak-budak sekolah lagi katakan. tiap pagi nyanyi lagu negaraku dekat perhimpunan sebelum masuk kelas. apa barang jadik budak sekolah. saya sudah bekerja la rakan-rakan!

tunggu handset beringtone ini malam. kalau lah suara si lenka bernyanyi di handset, bermaksud ada jemputan untuk keluar mabuk-mabuk. tapi mungkin tiada malam ini. sebab semua nya tengah solat tahajjud atas sejadah. bermakna tiada siapa yang akan bermabuk. ok, saya dah malas. sampai sini sahaja.

p/s: selamat tahun baru cina

BISU TERCONGOK

berapa kati lidah kau? berat sangat ke nak sebut. jangan buat aku tercongok tunggu kau pandai bersuara semula. kalau kau x kesiankan aku, tak apalah. tapi kau kesiankanlah masa aku yang mengalir macam air sungai hulu kelang. maaflah, kalau kau x suka aku tercongok, aku belah. dan aku tak akan meniarap laju-laju menuju diri kau lagi. 

tapi tolonglah sebut sebagai penentu segala program yang akan datang. segala yang akan berlaku, terletak di muncung bibir kau. kau hanya sebutkan sekali, segalanya akan diatur mengikut haluan. aku tak mau tinggalkan kau sorang-sorang pikirkan kata yang belum putus-putus lagi sampai sekarang. walau gusi aku kering tiada liur sekalipun, aku akan bertahan mendokong kau sehingga kau berhenti membisu.

aku akan nantikan sehingga kau miliki titik noktah sebagai pengakhiran cerita. aku jujur berjanji.

Friday, February 12

BULU LEBAT


panjang sudah bulu saya. 
saya nak potong esok hari. 
semakin hari, semakin lebat.
semakin bulan, semakin panjang.
esok saya akan ke kedai.
ingin menggunting bulu-bulu di kepala.

selamat tinggal rambot panjang.

Thursday, February 11

SUPERKENCING


kenapa superman pakai spender merah ketat kat luar seluar biru? 
sedangkan lelaki zaman sekarang kebanyakan pakai boxer kat dalam seluar.

kenapa batman pakai kain pelekat warna hitam kat belakang? 
sedangkan dia x boleh terbang diawang-awangan macam superman.

kenapa ironman besi yang tutup seluruh aurat dia, boleh tahan dan x reput-reput? 
sedangkan mengikut sains, besi merupakan bahan mudah berkarat.

kenapa spiderman bercinta dengan mary jane?
sedangkan minah dan temah kat depan rumah abu masih single sampai ke tua.

kenapa robin hood mencuri harta orang kaya demi orang miskin?
sedangkan semua parents ajar anak-anak dia supaya jangan mencuri sebab haram.

kenapa the hulk kaler badan warna hijau? 
sedangkan dia suka memusnahkan alam, sikit-sikit pecah sana-sini, hutan pun musnah.

kenapa flash man lari laju-laju? 
sedangkan had memandu di highway pon 110km/h

banyak lagi superhero yang ada. semuanya kepala gila sebenarnya. tapi malas lah nak list kan lagi. cukup je lah apa yang aku dah catat kan ni. nak lebih-lebih, lu pikir lah sendiri. gua dah pecah otak pikir sebab-sebabnya.

Tuesday, February 9

KOSONG KONTANG



pertamanya, aku dah tak ada idea nak tulis apa. otak aku tak ada apa-apa isi. kosong je. mungkin post kali ni bosan. ataupun post sebelum-sebelum ni memang bosan. memang tak ada idea sangat-sangat. sumpah aku tak tipu.  haish.. lantak kau lah, blog aku. bukan blog ko. bagilah idea, tajuk kisah pun tak apa. nanti barulah ada isi nak diperbahaskan.


keduanya, bosan dah perangkap jiwa aku waktu-waktu macam ni. hujan pun lebat sewel malam ni, bulu kaki pun tak lebat macam tu. aku malas nak terbang capai tingkap. jadinya, air hujan pun berebut-rebut nak masuk mercik-mercik ikut tingkap. biarkan jelah. aku hanya mampu mengucapkan "selamat datang wahai sang hujan"

ketiganya, esok kerja bangun pagi-pagi. nak pergi menziarahi stesen minyak BHP kat setapak dulu sebab motor nak mintak berader tu sedikit minuman. 5 ringgit perut moto penuh. lepas tu kena meredah jalan setapak yang bergelora dengan kenderaan yang berenang-renang kiri dan kanan. belum masuk yang depan belakang lagi. sesak pernafasan aku tiap-tiap pagi. kenapalah tak pilih praktikal kat kl je. menyesal pulak aku. 

keempat, malam esok akan tiru macam malam ni jugak. dan aku akan bosan seperti biasa. bolol! tolol! tahyol! toyol.

Sunday, February 7

IMPIAN PENGHABISAN

satu bangku sunyi di hadapan stesen bas terdiam kaku. datang seorang lelaki yang lanjut usianya merebah punggungnya di atas tubuh si bangku. membuka kepala botol untuk meneguk beberapa mililiter air sambil memerhatikan orang ramai yang lalu di situ. 


memikirkan sejauh mana lagi hayatnya akan bertahan. mungkin esok, lusa, tulat, atau bila-bila ajalnya akan menghadirkan diri. mungkinkah segala masalah yang datang menjenguknya dapat di hapuskan sebelum tiba ajalnya. lantas dia tersenyum. dia yakin pasti mampu menghalau segala masalah yang dihadapi menjelang hari-hari terakhirnya. 

hatinya berbisik, "akanku longgarkan ikatan masalah agar tercabut perlahan-lahan dari permukaan diriku sebelum menjelang tiba hari penghabisanku". impian itu dipegang dan disimpan. baginya, dia sudah bersedia mengakhiri detik-detik tarikan nafasnya yang terakhir. cuma dia tidak tahu bila Izrail akan datang menjemputnya menghadap Ilahi. 

Saturday, February 6

GELAKAN MAUT


depan mata penuh sesak dikeliling oleh manusia keseriesan. gelak terbahak-bahak perlu dikepilkan di sebahagian hidup ni. x perlulah bukak buku hati yang dimulakan dengan fokus. fokus memberi gambaran yang tiada daya penarik pada insan tu. mungkin dia series dan membosankan

arghhh... maaflah, mungkin kehidupan aku sering memberanakkan gurauan. tapi aku tau, mana yang series dan mana bukan. bukan tiap detik aku bermain kata-kata bongok, hanya 24 per 28 jam sehari aku gunakan perwatakan jenaka yang aku tampalkan pada hidup. bagi aku, sangat gampang kerana series. maaf sekali lagi. aku x akan toreh sikap ini untuk digantikan dengan balutan series pada hidup aku. 

*p/s: wey kau, aku terpikat dengan kau. suka sangat. 

Tuesday, February 2

RUNDUNG SI BONGKOK


oh marilah. aku ingin. tp kenapa tiada yg mahu. aku sedang menjaja diriku. ambillah aku. memang aku tak kacak macho macam si jantan yang lain. walaupun gemuk seperti nangka, tetapi nangka ini tetap ada isi hati. kecil hatiku kerna tiada yang mahu berkongsi perasaan denganku.

aku akan terus berlari mencari seseorang yang belum pasti lagi akan muncul. jika kau terpandang aku berlari melintasi kau, jeritlah namaku. akan aku berhenti mencari dan mencapai tangan kau. kautlah aku wahai seseorang.