Tuesday, June 8

DAJAL TAPI SUCI

Jujurnya aku kata, bukan niat untuk aku untuk jatuhkan kau. Jujurnya aku bilang, bukan dari hati aku untuk ucapkan kata sakti yang bisa meletupkan lava sanubari kau. Dan jujurnya aku mengaku, bukan itu maksud aku seperti mana yang kau pikir.

Mungkin mulut aku tak secantik kau. Mungkin perkataan yang terlafaz bukan seindah taman bunga. Mungkin ayat yang keluar seumpama keharuman parit. Dan mungkin semuanya tak pernah kau pandang elok tentang percakapanku.

Tujuan aku untuk hati kau senang. Tujuan aku untuk kau tak bosan membidas aku. Tujuan aku untuk kau gelak. Tujuan aku untuk kau tak fulstop melawan kata-kata aku. Dan tujuan aku hanyalah untuk melihat kau senyum bersama-sama aku.

Tapi bila kau sedih, memang sengaja aku ingin kau marah sama aku. Kerana aku lebih senang tatap rupa angin ribut kau dari rupa muncung sedih kau.

Kawan, aku ada untuk kau bergembira.

No comments:

Post a Comment