Thursday, December 23

sekali lagi saya sangat sibuk untuk seketika 

Wednesday, December 15

TUNDUK SEKEJAP

malam tak semestinya dingin. siang tak mungkin terik hingga ke senja. fenomena alam boleh berubah dengan kuasa Yang Esa. fajar terbit lagi menyuluh kegelapan  kediaman insan bergelar hamba.

manusia dianugerahkan pelbagai rupa dan gaya. yang sempurna, majoritinya buat-buat lupa pada tuhannya. kedengaran riuhan si pemungkar bersorak-sorak ditaman maksiat menyunting dosa. usah dipikirkan kalian akan sempurna selama berabad lamanya. mereka yang kurang upaya, sentiasa sujud akur serta syukur dengan takdirnya.

bumi merangkak mengelilingi orbitnya. tahun berganti abad, abad bertambah usianya berganti dekad. kehidupan ada garis tamatnya. bukan kekal bak syurga yang indah. bukan panjang usianya bak malaikat si taat setia. tiada erti bahgia selagi hari penamat belum menjelma.

aku tak kata aku sempurna, aku juga hamba yang alpa, keperibadianku ada saja yang cacat cela. walau tangisan lava yang aku hasilkan, tidak mungkin aku akan ke syurga tanpa usaha merentasi jambatan mustakim. kini aku sadar, aku milik Tuhan Yang Esa. 

Friday, December 10

CUMA NAK BERKAWAN

nama saya mohd haikal.
maaflah, saya tak ada niat nak tenung awak.
tapi awak dah ada kat situ, saya terkhayal.
tapi jujur saya suka kerekter awak.
and, awak kecik tapi kiut.
nak kawan boleh?
jujur tak ada niat nak ayat lentok leleh dengan awak.
cuma nak berkawan aja.
even saya tau awak lagi tua dari saya.
saya berminat sangat nak kawan dengan awak.
maaf, terover.

(ayat yang akan diucapkan kalau aku jumpa sharifah amani)

KERJA oh KERJA

kalau diberi peluang, aku nak sambung degree kulinari. punya jauh nak lari lintang pukang dari bidang aku. kulinari bukan sebab minat, tapi sebab pikir anak cucu yang nak muncul akan datang. dunia sekarang dah tak betul sangat, nak mintak kerja bukan takat kenyit-kenyit mata kat orang, terus dapat kerja. tak dapat jep. tak dapatnya.

hati aku dah tangkap leleh dengan masak-masak dan dah pudar dengan elektronik sebab hari tu, aku pergi carnival carik kerja. aku usha-usha jugak la bidang aku sekarang, gaji ciput macam tahi semut walaupun degree. nak sara diri macam mana kalau lagu tu.

kalau aku hambik kulinari, kurang-kurang aku boleh masakkan untuk pengantin yang gatal nak kahwin. lebih femes dengan panggilan catering la. tak pun, aku dapat masuk hotel masakkan vip atau dato’-dato’. jadik chef wan lah aku nanti, tapi nanti aku nak title kan diri aku sebagai chef two. dan kalau paling bodoh pun, aku boleh bukak restoran sendiri, boleh komplot dengan kakak aku, sebab dia bahagian akaun, boleh kirakan ribuan duit aku.

tapi tu cuma angan-angan mat jenin pendek. sebabnya abang aku suruh teruskan elektronik aku. dia cakap buang masa selama ni aku belajar pasal dawai wayar dengan perintang, last-last guna wayar masak buat mee, perintang buat rencah. aduh, kecewa aku. impian belum sempat nak dilaksanakan, dan sememangnya tak kan jadik kenyataan. 

Thursday, December 9

KAWAN

tajuk post adalah tentang kawan. tapi saya hanya mau tulis tentang tajuk. saya tak mahu huraikan. 

dan itulah kawan.