Thursday, June 10

BAYANG KEMERDEKAAN

Aku lihat ramai hitung hari bagi detik-detik akhir kebebanan. Terpampang jelas kerakusan mereka pada status ‘muka buku’ dan ‘ruang aku’. Apa yang kau suka sangat mengira? Dari tadika, upsr, pmr, spm sampai ke ipta kau belum cukup ilmu untuk kira 1 2 3?

Semuanya anggap perang 6 bulan ini akan tamat begitu sahaja. Ya, aku tahu kau semua mahu tamatkan tempoh jajahan pada hari ini. Tapi bagi aku tidak. Tak usah kau bilang kita sudah merdeka. Haha! Kau semua butakah? Selagi satu risalah laporan belum sampai ke tangan si penjajah sebenar, selagi itu kau belum merdeka wahai bangsa-bangsa praktikalku.

Aku masih lagi dalam kebimbangan, tapi kau semua sudah mau laung-laungkan kemerdekaan? Lupakan kemerdekaan yang kau inginkan itu. Mari berganding bahu sama aku kita tempuh lagi satu pertempuran yang mungkin agak besar. Kalau boleh, kau kongsilah risalah yang bermakna itu dengan aku. Agar senang aku langgar dinding kebimbangan aku tika ini.

Dan bagi aku, masih ada 9 hari untuk aku ubah keadaan. Bantu aku wahai bangsa-bangsa aku. Tolongilah aku. Tolong…..

No comments:

Post a Comment