Saturday, January 30

HILANG MUNCUL


maafkan aku. aku bukannya lambogini reventon, yang kalau boleh semua terpikat pada itu kereta. aku bukan lengkap seperti sebuah rumah banglo yang ditamannya ada kolam swimin'. aku x sempurna lah. makin hangat isu tentang HAIKAL LUPA MEMBER. mungkin ada segelintir individu menganggap aku macam tu. aku x bagia pon, kalau aku tau yang korang sedih. tapi aku pasti, aku meniarap perlahan-lahan keluar dari kotak hidup korang sebab aku nampak korang boleh hepy tanpa aku. so, berdikari lah.

bukannya aku abaikan korang. bila aku tengok korang terlonjak-lonjak bergelak mengilai, pada aku korang semua hepy. kalau aku bogel bulat-bulat kat situ pun, belum tentu korang perasan. aku x begitu penting pun untuk capai bintang sama-sama dengan korang. bila korang bagia, tu dah cukup buat jantung aku normal balik. tapi percayalah, aku caring, selalu perhatikan korang dari jauh. aku pasti korang masih tersenyum walau tanpa aku.

aku x maksodkan sesape. tapi telinga aku dah loya dengar setiap kali ada je yang bisik riuh rendah kata aku lupa dia. ooohh pliz. x pernah pon. aku akan bantu korang walaupon aku ditakhluki kanser sekalipun. janji korang pulih dari masalah. kalau korang bagia, kegembiraan aku mencelah sikit je. kalau korang susah, aku sedia berkhidmat kalau aku mampu.

jadi, aku pohon, jangan ulangi sebutan bahawa aku lupakan korang. maaf pada sesiapa terasa, tapi aku kena jugak buat aduan ini. harap maafkan aku.

Friday, January 29

GHAIRAHNYA AKU DI SINI

 

aktiviti harian yang mengantukkan. 
apa jadah kerja yang dia bagi kat aku.
hari-hari wat list pakai excel. 
bape banyak list dah aku buat.
haaaiiiyyaaa ... wa ngantok meyh.. hali2 kija bodoh gua buat woo..

Tuesday, January 26

LINTASAN SI BANGAU


dia ke yang aku nampak semalam?
dia lalu depan aku.
nak tegur, tapi x berani.

esok,
kalau dia lintas lagi,
mulut aku akan cuba
rajinkan diri tuk menyapa.

insyaallah, pasti.

Sunday, January 24

JERITAN DOGOL



hari-hari menyalak macam beruang hilang halkum. setiap minit ada je isu nak dibangkitkan. bila isu jadik suam, mula la ko ada kan meeting mengejut. masa tu la suara kau jadik suara amy search melalak nyayi lagu fantasia bulan madu. x semena-mena jadik baran x tentu pasal. kalo boleh nak bagi seluruh pelusuk shah alam hidu suara kau yang ghairah tu.

bila kau x de kerja, meja staf pulak jadik mangsa rondaan kau. teguran kau sentiasa nak muncul bila nampak pekerja kau senang. ada je kau nak susahkan orang yang tengah senang lenang. sibuk tanya itu ini, macm orang baru bergiat dalam kongsi gelap kau. orang tau la nak buat kerja. jangan jadik reporter sibuk tanya pasal berita terkini. rimas jadiknya bila setiap detik kau x puas hati nak tikam orang.

sudahlah botak, hentikan segera amalan x berapa nak murni kau tu. bosan orang ramai dengan sikap kau tu. semua berdiam diri sebab kau tu ketua mafia dalam syarikat.

fullstop

Wednesday, January 20

GIGIT LEMAK KAU


"mok, bila nak kuros?"

"fox, ko makin sihat la."

"wah! lagi berisi la awak sekarang haikal"

"apasal kau kuros sangat kal? cam tapir! haha"

ooohoooiiii.... bila mata bertentang badan, hati bagai rasa nak kutok. sibok la korang.
napa korang susah? dengki ke? aku gemok sebab ibu aku masak spesyel n sedap2 tuk aku hari2. mak korang ada ke? kalo aku obesiti skali pon, ibu aku x kan minta nasihat korang tuk kuroskan aku. aku gemok, korang lak apa? korang kepeng! kering! macam orang kat africa! badan kuros, tapi perot boncet.

korang cicak kobeng...! yeah2...
korang cicak kobeng...! yeah2...
korang cicak kobeng...! :-p

Tuesday, January 19

BUTA GELAP



seperti petang-petang sebelumnya, pokok pelam yang rendang berhadapan taman menjadi port melepak razlan dan fisya. persahabatan sejak kecil membuatkan hubungan mereka akrab hingga kini dewasa.

"lan, kalau aku jadi bunga, kau nak jadi apa?"

"a'ala jawa ni.. tiba-tiba jadi minah bunga apsal? ok ar, kalo ko jadi bunga, aku nak jadi lebah. aku nak sedut semua madu kau. biar kau cepat mati. hahaha!"

"apa punya bodoh tahap kayu la si bebal ni. madu kat kedai pon ada. pergi je la beli. ok, kalo aku jadi batu permata or intan berlian?"

"aku jadi pencuri. aku curik kau kat kedai habib jewels. then, aku jual kau kat tokey jepun miang. dapat duit"

"mata fulusan punya mangkok! lan, aku comel tak?"

"hahaha. kau berjenaka ea? kau comel? aku rasa nenek aku yang dah reput dalam kubur tu lagi comel. haha"

"herm..., yela."

"lah.. nak merajook pulak? sini tangan kau, nak tilik nasib jap. sini la! jangan ar tarik muncung lak, nanti jadi macam babi."

"bongok! nak buat apa ngan tangan aku?"

"tengok ni. kalo aku letak tapak tangan aku atas tapak tangan kau, pastu aku genggam tangan kau. apa maknanya?"

perasaan malu mula memvirusi fisya. lalu dia menjawab, "erm... apa ea? aaaaa... tak tau. lan, aku segan ar.

razlan dengan bangangnya berkata, "kau nak segan apa! tuli punya budak. ni maknanya persahabatan kita akan kekal sampai bila-bila. aku janji takkan lupakan kau walau aku dah mental sekalipun. kaulah kawan aku yang bongok sampai mati."

tiba-tiba fisya mensentap tangannya. "kau bodoh! masa kau putus ngan awek kau, kau carik aku. masa kau susah or senang, aku owez ada dengan kau. tapi kau tak pernah perasan aku ada depan kau untuk apa. mungkin kau tau yang aku sayang kau. tapi kau tak pernah tau yang aku sayang kau lebih dari seorang kawan. tak pernah sekalipun kau tanya perasaan aku macam mana. kau buta lan! kau buta!"

fisya lantas membuka langkah larian pulang ke rumah. razlan terdiam seribu bahsa. kaku dirinya menyebabkan dia tidak dapat mengejar fisya.  dia hanya mampu melihat tubuh fisya semakin jauh dan jauh dari dirinya. end~

Saturday, January 16

SPENDER MAHAL

maaf diucapkan pada semua.
nawaitu nak update blog tapi x buat gak.

busy terlalu sangat sampai x sempat nak cangkung bila berak. 
terpaksa berak dalam spender je. 
haha


HAIKAL dalam proses mempracticalkan diri. 
hari2 ngantuk sebab penat. so.....
bye.

Wednesday, January 13

MAK LAMPIR



saya perlukan ruang. jangan kepong saya. saya tercungap2 lah! kenapa hampir2? pergilah jaoh2 sikit dengan tubuh sasa saya.

tolong jangan jadi reporter. juga tolong jangan jadi detektif. jangan jejaki langkah saya. tolong jangan semuanya.

x cukop ke dengan khabaran hangat yang anda fitnahkan tentang saya. cerita itu ini pada orang. esok buat la lagi kalau x cukup. 


ayah ibu saya masih ada dan mampu tuk jaga perlakuan saya. hentikan sebelum terlambat.

Tuesday, January 12

LOPONGLAH KAU!

 

 bos! bagi la aku kija2 yang sama ngan bidang course aku. kenapa kau bagi aku terlangak-langak duduk kat ofis. aku elektronik la. bukan course pemerhati. bongok! dah la bagi aku bahagian marketing. ko pikir aku blajar kira2 akaun kejadah semua tu ke sem lepas?

kadang2 orang pangkat tinggi ni bodoh kan? study master sampai oversea. bila balik malaysia jadik angkuh tapi bebal. x guna jadi bos tapi kalau terbongok2 dengan jawatan yang kau sandang. kau nak aku enam bulan buat muncung terlopong tengok orang lalu lalang depan belakang aku? kadang2 ngatok tangkap leleh gak air liur aku nak nitik kat meja. tapi aku sedot balik. hahaha.

esok aku letak jawatan! jangan kau merayu2 nak aku practical tempat ko! aku tau ko mesti nangis macam pontianak hilang nisan. sebab aku ni bez trainer in malaysia. haha. poyo bodoh punya haikal.

Saturday, January 9

BAHANA



bakal bermulalah satu kisah penderaan hari senin ni. tenaga batin yang aku cas selama ni akan start buat show 11 januari ni. peluh2 jantan dan betina yang aku tadah selama sebulan cuti, x lama lagi menitik macam air hujan. nak bawak perot keluar rumah pon dah malas. mase makan je rajin jinjing perot bawak gi dapor. aarrgh!!! practical2... menyusahkan! hari2 kena pulas trotal moto pegi shah alam. x jaoh pon. macam menara kl pegi menara condong.

bongok! ni semua sebab mohd haikal sasa. lesen nak duduk rumah sewa kena tarik dengan ibu sebab dulu  tiap2 hari sanggup ulang alik dari shah alam ke keramat semata2 nak kunyah nasi n gigit lauk kat umah ibu ayah. saving fulus la. padan muka kau! lain kali balik rumah ibu hari raya je. x payah sepah2 kan waktu jengok ayah ibu tiap2 saat. setaon sekali cukoplah. haha. anak setan. sia2 ibu senak2 perot lahirkan si bodo ni. mhahahahaha

Thursday, January 7

SENYUMLAH LAGI


senyuman kau, aku suke tengok. iklas sangat senyuman kau. kalau boleh, aku nak kau tersengeh-sengeh sampai lebam. aku nampak permukaan wajah kau bersinar-sinar macam intan berlian bila dikepilkan dengan senyum tawa. sejak itu, aku sedar yang aku membawa kegembiraan dalam diri kau. mungkin sebelum ini aku berjuta langkah jauh dari kau. sebab tu aku x tau yang aku ini ibarat pengubat rindu kau. apa yang aku harapkan, kau sentiasa senyum melihat diri aku yang bebal ini.

tangisan kau, aku fuck gile. benci aku tengok mata kau merah-merah mengalirkan air mata. tumpahnya air dari mata kau, bermakna mencurahlah lava api neraka ke tubuhku. aku lalai. segala penat lelah kau, aku anggap biasa. kematangan usia yang semakin bertambah melimpah luah pada diri aku, mencelikkan minda aku yang dulunya buta siapa kau pada aku. disebabkan itu, aku sedar kini kau amat berharga. x pernah kau berkakulator mengira segala pengorbanan kau. kau cuba adakan apa yang tiada pada diriku. 

mungkin sebelum ni aku pernah toreh kelukaan hati kau. segala pujuk rayu kejahatan iblis aku lakukan. kecewa di hati kau, aku x pernah ketahui. buat kau teresak-esak seperti kanak-kanak. tapi percayalah, hati ni x terniat lakukan segalanya yang mendatangkan tangisan kau. aku pohon seribu ampun harap-harap diampun. janji aku, parot luka kau x kan berdarah kembali insyaallah. raya nanti, sujud sembah menghadap memohon kemaafan.


ketahuilah, kegembiraan kau amat bermakna buatku ibu.

GILA



persekitaran akan berubah bila-bila dia nak. jangan terkejutlah kalau aku cakap yang aku dah ada anak. ingat senang ke nak jaga anak tekak. susah doe. hakikatnya, manusia juga berubah. daripada musuh, berubah kepada sahabat. daripada dekat, kini jauh. daripada gemok, kini sasa. daripada berambot, kini botak.

manusia ni unik. ciptaan tuhan paling unik dan sempurna. cuba kira jari kaki dan tangan korang, cukup x 20? kalau x cukup, mintak je satu kat aku. aku ada banyak spare ni. balik pada topik asas kita, akal fikiran dengan hati di serahkan free sejak lahir lagi. tinggal nak jaga serta bimbing dengan procedure turun temurun dari moyang nenek bak kata orang2 lanjut usia. tapi an, kalau ada akal pun, tapi berlari-lari kat depan imam tengah baca khutbah pon  x guna. lagi terok dari orang terencat akal. orang terencat akal pon tau ambil wuduk dan cebok. bodoh!

kebenarannya di sini, akal diberikan untuk menSELESAIKAN masalah (maaf, bahasa melayu agak bengong di situ), bukannya untuk top up masalah n bukan untuk owez PIKIR abot it. perkataan DISELESAIKAN dan DIPIKIRKAN adalah berbeza. sebabnya ejaan hurufnya. masalah wajib DISELESAIKAN secepat mungkin. bukannya untuk DIPIKIRKAN lama-lama. at last, x ada tindakan sewajarnya yang diambil bagi membanteras gejala-gejala masalah bongok.

ucapan saya di sini, akal fikiran berguna untuk menSELESAIKAN segala persoalan tidak terjawab di hati. dan hati diberi amanah tuk memberi kePASTIan  setelah persoalan terjawab. titik.

BELIAU



 mohd haikal atau lebih familiar sebagai fox si sasa merupakan si bongsu dalam kelahiran anak-anak si tua haji halim. telah diberanakkan setelah terlalu bosan dengan keadaan dalaman perut ibunya, pada tanggal 18081990 di sebuah klinik kecil yang telah ditarik keluar oleh seorang doktor mamak yang bergelar doktor jameelah ali.

mendapat pendidikan pertama di tabika kemas dan sekolah agama rakyat au4, di situlah beliau mengenal huruf. seterusnya beliau mengasah stamina akalnya dengan memperoleh pembelajaran di SK lembah keramat. dan hasilnya 4a 1 b di dalam upsr. lalu teros melebarkan kepaknya dengan mencapai result yang memberangsangkan di sebuah sekolah burok iaitu SMK seri keramat dengan mendapatkan hasil yang cemerlang iaitu 3a 6b. wah! agak bodoh budak ini. setelah sedar akan kebodohan, beliau berhijrah sekolah untuk tebos kesalahan dengan menduduki peperiksaan spm di SMT kuala selangor yang disangka akan membawa sejuta perubahan dalam dirinya. memang banyak perubahan yang telah beliau cetuskan, perubahan paling ketara , beliau menjadi setan. hasil kesetanan dirinya membuahkan keputusan spm sekadar 1a 4b 2d 2e 1g. bertambah bongok bebal budak ni. menangis sepanjang malam dah x berguna setelah kebenaran terbukti.


pertempurannya tidak terhenti di situ. meneruskan ilmu pertapaannya di sebuah company ceruk2 kampung yang dipanggil politeknik sultan salahuddin abdul aziz shah, shah alam. beliau mengalami pelbagai masalah disekitar proses pertapaannya, antaranya adalah masalah perempuan dan cinta. semua itu iblis, namun x dapat menjadik batu belah batu bertangkup yang cuba menghalang kebijaksanaan beliau. 3 pointer dalam setiap semester sudah cukup bagi beliau melegakan perasaan ibu bapanya yang berkocak kerisauan. kini dia sedang gigih berusaha mencapai impian. segala masalah ditampar pelempang jauh dari sisinya. kepada wanita, maaf dipinta. haikal kurang percaya pada manusia yang dilahirkan sebagai wanita (kalo khunsa, percaya gak la kot). setelah tamatnya ilmu pengajian pertapaan MASTER satu hari nanti, dia akan menyuruh ibunya carikan jodoh untuk beliau. 


impiannya hanya satu. ingin melihat ibu bapanya tersenyum dengan menikmati titik peluh beliau sendiri satu hari nanti pabila kejayaan dalam genggamannya. dia juga mengimpikan untuk menjaga ibu bapa tuanya pabila mereka reput tua kelak. kesimpulannya, haikal kini berada dimana-mana sekeliling anda. beliau masih bersama-sama anda berjuang, berhibur, berteman, segalanya untuk mencapai impiannya yang satu. FULLSTOP.

Wednesday, January 6

TAG DARI ALYP BUTA

1. Bekas kekasih saya adalah :
perempuan

2. Saya sedang mendengar:
suara anak buah menjerit berlari2

3. Mungkin saya patut:
solat asar sekarang

4. Saya suka :
tido dan tido serta tido lagi2 tido

5.Sahabat-sahabat baik saya :
adalah manusia

6.Saya tak paham:
kalo x de orang yang ajar

7.Saya kehilangan :
akal

8.Ramai yang berkata :
kal, lepak jom malam ni. (korang nak payong ke?)

9. Makna nama saya :
sepohon pokok yang kukuh! (lebih kurang sasa la)

10.Cinta itu adalah :
perkataan

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
cuba memancut.

12.Saya akan cuba :
balas dendam. haha

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
perkataan SELAMA yang ditambah dengan imbuhan NYA.

14.Telefon bimbit saya :
kaler putih

15.Bila saya terjaga dari tidur :
pasti terdengar suara ibu tengah pekik2

16.Saya paling meluat apabila :
saya meluat

17.Pesta/Parti adalah :
18 SG

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
anak cacing

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
tadika. (xyah pikir UPSR, PMR, SPM, DIP, DEGR, MAST)

20.Hari ini :
saya belom mandi lagi

21.Malam ini saya akan :
ikot ayah pergi surau

22.Esok pula saya akan :
pergi bank update buku akaun ibu.

23.Saya betul-betul inginkan :
duit duit duit duit duit duit duit duit. x puas lagi.
duit, duit duit. 1000000000000X duit

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
wah! serabainya rambot

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
dua2. suke ati aku la nak jawab apa!

26.Makanan Barat atau Jepun :
makanan ibu. bhahaha

27.Bilik yang terang atau gelap :
gelap. projek2...

28.Makanan segera adalah :
fast food. haha

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
esok la ikal pergi.

30.Siapa yang anda nak Tag?
tag la sendiri. malas aku nak list nama korang.

COMEL


hoi budak, aku nak taip pasal kau nih! kalo x senang, baca lah sekarang. firstly, aku nak cakap pasal kau, kau seorang yang apa? kau seorang yang manusia. haha manusia yang dikurniakan oleh Tuhan sifat fizikal yang comel. walaupun aku rasa meluat rasa nak sepak bila kau cakap kau comel, tapi aku tetap akui yang kau memang comel.

okeyh2. yang kedua pulak, selain comel, kau pandai tahap si kancil. apa jenis otak lah yang kau pasang. ada cop sirim tak? bape GB memory kau? pelik aku makin menjadi2, setiap sem kau mesti calonkan diri dalam genius-genius pointer tinggi. gempak la dol! tapi bila aku tanya, mesti kau jawab yang kau dapat sikit je. aduh. x payah la berpura2. berlagak macam kau punyai sifat rendah diri. begok! haha

selain dua sifat di atas, kau pendek, pipi gebu tapi badan kuros. kuros ke? x bape ar. haha okay lah DIKAU! tu sahaja yang dapat aku huraikan tentang kau. wat penoh blog je tulis cerita pasal ko. sikit2 dah lah an? janji aku dah dikotakan. lepas ni, jangan sebut pasal blog lagi. haha. semoga kau ingat yang aku ni sasa, dan kau comel kononya. okay thank u.

NGOMONG KOSONG



Hoi kau! jaga rapi sikit! jangan kau megah datang kat aku. sumpah aku benci. macam osama laden geli tengok bush, so do i. kenapa kau mesti muncul dalam hidup manusia wahai BOSAN? kenapa x hadirkan diri dalam hidup si haiwan? kau BOSAN, aku benci kau!

hari2 aku bosan. masa merangkak laju 24 jam. x boleh ke kalo slow down kan masa. diz week is ma laz holiday. next week dah start berkhidmat tuk syarikat PHILIPS. eerrkk. rasa cam x puas lagi berkhelah di halaman bilik ku.

24 jam kaki aku melekat kena gam duduk kat rumah. orang lain sibok dating kat pusat2 beli belah syaitan ar rajim. tapi aku kat rumah jadik malaikat. kalau keluar pon, pergi main pondok2 kat belakang rumah. pondok aku lawa tau! macam white house.

hari tu aku dapat tengok result. wah! riangnya. orang lain dah jemu tatap result, aku baru nak terhegeh2 senyum dengan result aku. haha result aku kena tahan la! x bayar saman. bodoh! di sini aku isytiharkan pointer yang telah diperolehi sebanyak 3.24. aku bangga dan riak walaupun x setinggi mana. korang apa kesah? haha okay dat's all. noktah.

Monday, January 4

PONDOK USANG

pondok usang semakin rapuh. susunan kayuan reput di sambar anai-anai. kepemergian si tukang kebun menghadap Ilahi memberi seribu perubahan pada wajah si pondok sunyi.

tempat yang menjadi teduhan panasan serta sejukan manusia kini terabai. lalang yang dahulunya ketakutan tuk memanjat si kaki pondok akibat menakuti tebasan parang tukang kebun, kini megah menakhluki seluruh tubuh pondok malang itu.

wajah pondok kini suram sepi. tidak seperti dulu lagi. pondok merindui diri tuannya si tukang kebun yang telah tiada pengganti. hatinya berbisik, hayatnya pasti berakhir bila tiba masa nanti.

Saturday, January 2

HALAL HARAM

jauh di sudut semak hutan, kelihatan tardon (anak kepada tarzan) sedang mengasah bilahan keris dengan jiwanya yang rakus. bersendirian seakan-akan bersandiwara keseorangan di situ. hakikatnya tidak. seorang semut di kaki tanah sedang khusyuk mendengar cerita si anak tarzan.

dengan secara disangka-sangka, tardon berkata, "sebenarnya aku kelaparan. tapi aku sudah jemu bersantapkan buah-buahan tiap hari. aku teringin tuk mencba kelazatan daging. tapi aku x mahu kan daging yang x berkhasiat seperti kau mut!"

"kau menghina keluarga semut ya? bedebah kau manusia bercawat! berkemungkinan besar tarzan pasti akan memarahi kau sekiranya kau menjamu daging haiwan. beribu kali tarzan sudah mengikatkan kau supaya tidak makan kawan sendiri," semut membalas.

tardon mencelah, "kalau semua haiwan dalam hutan ini adalah kawan, sipa yang mahu jadik musuh?"

tiba-tiba seekor babi melintas di situ, "shhhhh.. diam mut. kau nampak x? ada babi di situ. aku mau tangkap dan bawa pulang. nanti suruh umi panggang dagingnya. babi panggang sedap wooo.. marilah cik semut, kita kejarnya bersama," pelawa si tardon


dengan sewenang-wenangnya semut bersuara, "kau tau x yg babi tu haram di sisi agama? kau mau merasa lava dari api nerakakah? begitu mudah kau ingin mendaftarkan diri sebagai ahli neraka. insaflah kawanku si tardon. ingat-ingatlah tuhan.

tardon terdiam setelah semut memotivasikan dirinya. sebak di dada mula mempengaruh. berlinangan air mata mengalir di pipi. akhirnya tardon tersedu-sedu kenangisan lalu pulang ke rumah. sejak hari itu, dia dan semut tidak lagi bersua kerana malu. di khabarkan tardon x pernah keluar rumah serta rajin beramal ibadah.

*p/s: bukan sahaja manusia, haiwan pon tau halal haram.