Wednesday, July 21

KAU ASLI BUKAN?

Sumpah aku benci budak batak sama kehidupan moden. Kalau betul kau batak sepuluh kali pon, jangan serlahkan boleh tak? Buat aku menyampah. Tak usahlah menunjuk sangat kau serba tau semuanya. Kau mau itu, tapi kau petik nama kawan lain. kau mau ini, tapi kau jaja nama teman untuk kesenangan kau.

Itu cara kau? Guna ejaan nama yang tak sama dengan nama kau untuk jadikan alasan. Kau pikir semua mau ikut arah tuding telunjuk kau? Teman-teman hanya angguk sebab pikirkan kau rakan kami. Sedarlah diri asal dari mana. Tak payah bersemangat untuk jadi kehidupan orang lain. teman-teman pasti bikin tak endah sama kau.

Even aku pon tak bongkak seperti kau. Kau mau jadi superhero pada semua, tapi cara kau salah. Tak ada majority untuk sokong kaedah kehidupan kau tu. Jadi, aku kabarkan pada kau, tolong jangan jadik batak depan aku. Sungguh benar aku benci. Tolong lakonkan watak kebatakan kau tu, bila aku tak ada bersama dengan kau.

BATAK BODOH!

Monday, July 19

DERITA PENGHARAPAN

Kenapa kau bisukan diri tanpa satu kabaran? Benar otak aku sangat benak ketiadaan kau. Kau janji akan hadir dalam hidup aku. Tapi mana kau, satu helai raut badan kau pun aku belum perasan. Tiap hari aku terbayang rupa kau yang memberi seribu makna pada hidup aku.

Aku teramat perlukan kau pada seluruh hidup aku. Hidup aku sesak menderita selagi kau tak muncul-muncul. Tolonglah datang ketuk segala anganku untuk dapatkan kau. Aku mahukan kau sekarang. Fahami dan kasihanilah aku.


Oh PTPTN, segeralah kau muncul dalam akaun bank aku. Aku dah ketandusan wang sekarang. Plizzzzzz….

Wednesday, July 14

BULATKAN MATA!

Apa yang kau boleh renung pada kehidupan? Nampak indah bukan? Kau boleh lihat, muda-mudi bersatu dalam pergaulan tiada tahap untuk dibataskan, hidup perlu enjoy kata mereka. Malahan kau boleh perhati muda-mudi menari sambil kaki gosok-gosok lantai, shuffle katanya. Tambahan, kau boleh tonton pasangan kekasih suap menyuapan tika temu janji, seronok bercinta katanya. kelompok ini seakan-akan gembira dengan kehidupan.

Mungkin itu bagi anak-anak muda yang jahil tentang dunia. Segalanya indah pada celikan mata. Semuanya kerna ibu  bapa masih bernyawa untuk menampung segalanya. Cuba kau duduk bersila dan bayangkan kejap, apa jadi pada hidup mereka tanpa sokongan padu oleh orang tua? Tiada tempat gantung, tiada tempat berharap, tiada tempat simpati. Masa itu kau boleh saksikan ke huyung hayang diri mereka untuk berdiri teguh tidak seperti sekarang.

Kehidupan yang baru mau dijelajah, terhenti kiranya ibu bapa menjadi mayat. Tiada tempat untuk bergantung. Kesenangan bertukar sengsara selamanya. Mungkin tak ada lagi yang rajin gosok-gosok lantai pusat beli belah bersama rakan-rakan. Mungkin kedai-kedai makan muflis dengan ketiadaan pasangan kekasih yang khayal suap menyuap ke dalam mulut. Boleh jadi ini semua akan berlaku kiranya si tua menetap di alam lain.

Aku cerita atas sebab otak aku sudah letih berpikir tentang ini. Sadarkah kalian akan ini? Renungkan wahai remaja. 

UCAPAN

Aku baru perasan tentang ini,

Teman-teman aku  gembira kerana ada ada yang lebih prihatin selain keluarganya.

Teman-teman aku bahagia berkasih dengan orang yang mengasihinya.

Teman-teman aku senyum bila ditanyakan khabar oleh orang mengambil berat ke atasnya.

Teman-teman aku turut tersentuh kerana ada orang menghargainya.

Aku hanya senyum dan mau ucapkan terima kasih pada pasangan mereka kerana menceriakan teman-teman aku.

Thursday, July 8

CERITA NASIB

Pohon nipah laju membuai kan dahannya bila angin mendung melanggar. Segalanya amat dingin pagi itu. Langit tak seceria seperti selalu yang dipamerkan.

Pondok buruk tempat teduh si dua beranak, anak kecil dan si tua bapa. Si tua benar-benar sibuk mengipas bara api yang menggelegakkan periuk nasi bagi santapan malam mereka. kedangaran riuh suara si kecil menghafal bikin pondok buruk menggegar. Si tua hanya senyum memandang permatanya gigih mengulang kaji.

Bara kayu api dijirus curahan air lalu si tua merebahkan punggungnya dekat dengan anak kecilnya. Di usapnya rambut si kecil.

“man, dah besar nanti, man nak jadi apa?”

Si kecil berhenti menulis dan menghadap wajah ayahandanya, “man nak jadik orang berguna pak. Terutamanya berguna pada bapak”

“orang yang berguna macam mana, apa maksud man?” si tua ketawa kecil.

“orang berguna yang dapat membantu bapak dan masyarakat” jawab si kecil selamber.

“man, pak tak kesah apa man nak jadi. Tapi man kena ingat, kita carik rezeki yang halal je. Walau susah mana pun kita, jangan sesekali dekat dengan benda yang haram. Dan bapak harap pada man, man ubahlah nasib keluarga kita ni. Pak hanya mampu kutip-kutip botol dan tin kosong untuk sekolahkan man. Jangan pulak man ikut jejak bapak ni. Ingat kata-kata bapak ye man.”

“insyaallah pak. Man akan ubah nasib kita”