Sunday, November 28

MOOD MAKAN


situasi yang aku tak sukai bila di kedai makan:
  • ada mamat-mamat bajet hero paling macho usha-usha panas tak puas hati. lu olang ingat gua ni gay ke? bajet tertawan pulak dengan muka lu olang. tak payah la nak usha-usha.
  • budak-budak haruk piruk spesis monyet tak boleh cakap slow-slow. kalau boleh, diorang nak cakap guna microphone dengan amplifier sekali. nak buat kempen politik agaknya si bongok-bongok macam ni.
  • ada pasangan romantik bertukar pasangan berperang jerit-jerit. kalau nak gaduh pergilah masuk bilik atas katil, jerit tahan sakit puas-puas.
  • waiter yang perlu disekolahkan sekali lagi dengan bahasa melayu sastera. aku order kura-kura panggang, tapi biawak rebus yang sampai. waiter macam ni kompem repeat bahasa melayu UPSR 5 kali.
  • order air kosong je kot, tapi memang betul-betul tak ada masa kosong dia nak hantar. dah nak bayar baru nak bagi air kosong. jenis kepala hotak banjir ludah punya.
  • tak ramai mana pun customer, tapi kalau boleh nak masak makanan sampai 5 jam. bajet masak nasi goreng kampung dengan penuh hati-hati sampai rasa macam nak sama dengan lobster kat restoran itali pulak. 

Saturday, November 27

MIMPI SAMA KUNCI

aku lihat sekeliling, semuanya sempurna tanpa cacat cela. ya, kehidupan aku cukup sempurna. segala keperluan, kehendak, sudah tersedia, cuma tunggu masa aku gunakannya. Tapi situlah aku lakukan kesilapan, kesilapan yang paling besar nilainya. tidak pernah timbul rasa hargai kesempurnaan itu.

segala yang aku impikan selama ini adalah kunci permulaan. aku impikan untuk berjaya sebagai insan berguna. aku cuma perlu berlari kehadapan, walau lelah beban menjadi rintangan, aku akn terus berlari sampai aku capainya, sampai aku bisa takhluk impianku.

kejayaan tidak sekali terikat pada sang waktu. aku perlu bebaskan impianku jauh melayang walau ke syurga, sementara aku berlari ke arahnya. aku juga perlu warnai kehidupan duniaku sendiri, tidak ada yang kan membantu aku berusaha untuk capai dunia impianku.

perspektif benar, kehidupan penuh dengan kasih sayang, itu aku akui. bukan takat berkasih sayang berpacaran. manusia perlu sedar akan kasih sayang keluarga lagi besar nilainya. kasih sayanglah yang terus buatkan aku tersenyum sehingga kini.

kadang, aku rasa hidup tak adil bagi aku. tapi kasih keluarga pada aku, buat aku lupa tentang keadilan dunia. seolah-olah kehidupan aku sudah sempurna dengan cinta keluarga. buatkan bara dalam diri lebih hangat membakar semangat mengejar mimpi.

lalu aku tersentak lagi, itulah aku. mimpi dan akan terus bermimpi. Mimpi yang ibaratnya kunci, akan terus menjadi kunci tanpa disentuh. kunci itu patutnya dihasilkan untuk digunakan. bukan sekadar wujud dalam minda. aku masih duduk memikirkan bila aku akan berlari mengejar mimpi. 

Thursday, November 25

YEAH!

agak hepy la an, jawab nak tak nak pon, stil 3 pointer

hahahaha! tenkiu la lecturer!

Thursday, November 18

SATU UNTUK SEMUA

hidup aku bukannya sering dihiburkan. kadang aku santai menyepi sendiri. sendiri memikirkan di mana keindahan hidup yang sebanar. mampukah dua tapak tanganku mengaut hasil hiburan dunia. mungkin bisa, tapi masih lebar ruang kosong dalam hatiku.

segala yang aku perhati tidak sempurna, lampu yang dibayangi gelap, lautan luas tanpa air, juga pohon tanpa daun dan buah, gunung nan tinggi tidak berkaki, kegelapan malam bosan tanpa hiasan kerdipan bintang, segala-galanya dipengaruhi cacat cela sesuatu.

begitulah jua hidup aku yang seakan kosong. bagai si buta melihat keindahan syurga. cuma hitam, tanpa warna. aku sendiri payah mengungkapkan kemahuanku. mungkin akan muncul bidadari satu hari nanti, membawa segala kewarnaan pelangi pada hidupku.

dan aku akan terus bersantai menunggu, dialah musuh, dialah teman, dialah sahabat karib, dialah kekasih, dialah cinta, bidadari segala dalam satu. 

Saturday, November 13

ANAK SI IBU

Sepatu putih disarungkan, lalu dicapainya topi keledar di atas kerusi bersebelahan rak-rak kasut. Didapatkan tangan ibunya lalu disalam cium meminta kebenaran untuk pergi. Dikucupnya kedua belah pipi serta kedutan dahi orang tuanya dengan ikhlas. “Saya pergi dulu ibu, jaga diri elok-elok, apa-apa terjadi, jangan lupa telefon”.

Kata-kata itu sering diucapkan si anak pada ibu tersayang tiap kali dia pergi tinggalkan rumah. Dan ibunya pula, akan berdiri di pintu besi rumah, memerhati sehingga anaknya pergi tidak kelihatan lagi. Enjin motor dihidupkan, pemulas motor dipulas sikit-sikit bagi enjin hidup dengan segarnya. Lalu gear dimasukkan dan tayar mula bergerak meninggalkan perkarangan rumahnya itu.

Perjalanan menuju kejayaan yang bisa membanggakan ibunya itu diteruskan, walau tika itu hujan membasahi bumi renyai-renyai bertemankan sang petir yang gagah memancar-mancarkan cahayanya. Demi ibu, si anak berkeras meneruskan perjalanan, biarpun dia tahu kesusahan akan datang menimpanya nanti.

Hujan mula berlari-lari dimuka bumi dengan lebatnya. Si anak lekas mencari tempat teduh bagi selamatkan beg selimpangnya itu. Beg yang mengandungi brang berharga bagi si anak, tidak seharusnya basah walau setitis pun akibat si rintikan hujan. Lalu dibukanya mulut beg, diperiksanya barang berharga di dalamnya, senyum terpancar di wajah si anak kerna barang berharganya tidak langsung dibasahi oleh si air hujan. Barang berharganya merupakan dua buah buku beserta satu fail pelajaran kolejnya, lalu dikembalikan ke dalam mulut beg selimapang itu.

Masa makin bertambah, jam di tangan di lihat berulang-ulang kali. Resah dihati menjadi-jadi, risau tidak sempat masuk ke kelas, dan kehadiran langsung dikosongi. Sesudahnya hujan mula berhenti, si anak tangkas menghidupkan enjin lalu dipecut laju motor buruknya itu. Masa dikejar dengan kelajuan motor yang minimum bagi sebuah kereta. Akhirnya si anak sampai dikolej lantas masuk ke kelas. Dimarahi oleh pensyarah akibat lambat tanpa diberi peluang memberi penjelasan. Namun si anak redha, membisukan diri dan biarkan diri disalahi.

ZAMAN KEJAHILAN

zaman budak-budak, ada tak mak atau ibu atau ummi atau mama kau orang buat kepercayaan mengarut-ngarut? Ibu aku macam-macam yang direkanya bagi nak bagi aku takut.

masa tidur ramai-ramai kat ruang tamu, dia selalu cakap, orang yang tidur hujung dekat dengan pintu atau tingkap, kena makan hantu. Orang tengah selamat sebab bila hantu dah makan orang hujung, hantu jadik kenyang dan terus keluar.

Lepas tu, ibu selalu cakap, jangan mandi malam-malam sebab hantu air akan gigit kulit kita sampai lebam-lebam. Pastu, masa shampoo rambut, buih akan masuk mata, lepas tu, bila pedih, kita pejamkan mata. Bila celikkan semula mata, kita akan lihat hantu air di depan kita.

Lagi, jangan tidur lambat-lambat sebab nanti ada benda yang perhati kita dekat tingkap, kalau kita perasan, kita akan nampak matanya sahaja, dan ada juga yang mengganggu dengan bunyi atau suaranya, buat kita seram sejuk.

masa kita baring meniarap, kaki kita jangan di goyangkan atau digerakkan ke atas ke bawah, nanti ibu cepat mati. Kalau dipikirkan logic, apa kena mengena kaki dengan kematian. Tapi disebabkan bodoh masa kecil, aku ikut cakap ibu, tak buat benda tu.

Ada lagi, kalau masa aku nangis tak berhenti, ibu mesti cakap nak letak aku kat luar rumah, nak suruh orang lori sampah ambil aku, sebab orang lori sampah suka budak kecik. Ibulah yang cakap. Tak pun nanti ada anjing yang akan gigit kau kat luar. 

itulah antara kisah pembohongan ibu pada aku waktu kecil. korang punya bagaimana?

Friday, November 12

KEJINAKAN SI LALAI

kelalaian tak kenal siapa tuannya, pantang terlihat di mana ada kesempatan, pasti tangkas disentapnya. manusia akur pada kelalaian yang tercipta bagi mereka. sifat bina tak bina disemai dan dibelai lembut, menjadikan kelalaian jinak dengan diri. 

itu dibiarkan, ini diabaikan, kalau dikumpulkan tiap-tiap kelalaian, boleh dicatat menjadi sebuah kamus. kenapa tidak ada rasa ingin mencegah, kenapa kau perhatikan ianya berlaku dengan tanpa rasa malu? mengapakah?

KELALAIAN tidak membawa makna pada satu aspek, malahan seribu makna telah tersirat dalam ungkapan perkataan itu. dan pada hari ini juga, aku tidak bercakap lalai pada satu aspek sahaja, aku bercakap menyentuh segala aspek yang ada tentang kelalaian, tidak kira aspek, remaja, ibu bapa, mahupu anak-anak. 

bukalah mata wahai para penghuni dunia, zaman semakin berubah kepada kejahilan, jangan kau butakan deria yang telah dianugerahkan oleh-Nya. aku berpesan bukan untuk kalian sahaja, ianya juga untuk aku.

Tuesday, November 9

KINI

pertempuran di medan periksa sudah berakhir.
sudah bebas dari penjajah
buat seketika
pool, bowling, hang out,
itu saja dalam minda