Tuesday, January 11

PIKIR-PIKIR JANGAN PANDANG-PANDANG

kalau nak berjaya, kenalah berubah. kalau tak, jadi macam anjing kurap tepi longkang tengah kencing. semut bawah daun dalam pasir pun boleh berjaya buat anak cucu sampai tercipta qabilah-qabilah semut. inikan kau manusia, berotak berakal, cuma tinggal nak guna.

kalau nak senang, rajin-rajinlah kaji buku pelajaran berbayar yang cikgu kau jual. tak payah nak cakap menimba ilmu sampai ke tembok besar cina la..., tembok sekolah kau pun belum tentu nak terima nama kau kat situ. sedangkan ulat yang kecil pun terima title dan anugerah beserta trofi sebagai ulat buku, inikan kau manusia yang mampu berpikir. apa kepayah otak kau nak terima ilmu?

kalau nak kaya, banyakkanlah berkata dan bertanya. janganlah kau jadi kuda laut bermuncung tirus tapi tak bersuara, setakat bermulut tapi sombong bongkak bodoh, tak guna jugak deria yang dah dianugerahkan. manalah tau kalau-kalau idea kepala hotak kau mungkin boleh sangkut dan bertaut rapi kat hati majikan kau. tak pasal-pasal kau naik pangkat atau naik gaji kot-kot.

semua ni rutin kehidupan, minda kau sebagai remote untuk mengawal seluruh hidup kau. minda orang lain tak dapat kawal diri kau sebab orang lain pun ada tubuh sendiri. jadi, kau kawallah sorang-sorang tubuh kau tu. pikir-pikirkan ye, jangan mampu memandang saja.