Tuesday, December 27

SI PEMUTAR KAYU

orang kata, hidup ibarat roda, sekejap diatas, dan sekejap dibawah, kemudian diatas semula, seterusya dibawah, selepas itu diatas balik, sampai kiamat tak kan habis menaip kalau gitu.
konsep hidup ibarat roda masih aku kekalkan, tapi maksud pada gambaran yang lain.
roda yang hidupnya tak pernah penat berputar sehinggalah sampai ke destinasinya. dan aku juga begitu, cuma aku letih, letih untuk melayan dunia, terpaksa aku melihat kerenah dunia demi perjuangan hidup.
roda kaku apabila sampai hala tujunya, dan sekali lagi aku begitu, berhenti apabila nyawa sudah tiada. dan disitu, akan ku rehatkan diri yang saki bakinya sudah tidak bermaya lagi.
satu hari nanti….

Monday, November 28

CERITA BERHABUK

telinga aku gatal tiba-tiba. taik telinga pon boleh gugur kalau aku goncang kepala.

Tolonglah brader, tak payah sibuk tanya orang kerja apa. tak payah nak jadi reporter nak tau berapa gaji orang sebulan. Hentikanlah. lepas tu kau sibuk heboh kerja kau gempak, gaji kau kebaboom. apa tu semua? setakat gaji tak cecah 2K, tak payah nak bangga la.

tolong simpan cerita kau tu buat kamus hidup kau. tak payah cetak untuk pamerkan pada orang. rasanya tak ada yang berminat. aku tengok kau pun kat situ gak. kalau betul dah berjaya, apa salah sesekali open table. rokok pun still pow orang. makan Pun saving2. hahahaha.

entahlah kau ni manusia. sifat riak kau tak pernah tenggelam agaknya.

Thursday, October 13

MALAS

LANTAK KAU LAH BLOG! 
X ADA MASA NAK MEMBELA KAU!

AND LANTAK KAU LA MANUSIA!
PANDAI-PANDAI KAU LAH NAK HIDUP!

Friday, August 5

PENGORBANAN SI PUTIH

malam seakan dingin, suasana seakan kelam, tak berwarna seakan siang.  rutin harian mereka utamakan. ada yang memasak, berhibur, serta membaca.

pop! bekalan kuasa tiba-tiba diputuskan. terang bertukar gelap. meraba-meraba manusia tika ini. mencari-cari sibatang sakti. batang yang tersorok sekian lama. dibakarnya sumbu rambut si putih maka samar-samar kuasa sakti si putih menerangi kawasan yang gelita. 

pabila bekalan dijana semula, manusia bersorak. terus ditiupkan angin pada kuasa sakti si putih. si putih lantas tak bermaya, dia tahu dia bakal disimpan dan dilupakan sekali lagi. 

begitulah riwayat si puith lilin, pabila diperlukan segera menabur bakti, sentiasa ada demi manusia. jika tidak perlu, ia dibiarkan jauh dari pandangan manusia. biarlah ia berbakti seketika, tapi bagia di hatinya siapa yang tau. ia bangga menyumbang cahaya pada manusia. rela disimpan jauh, jauh dari segalanya.

Tuesday, August 2

OFFICE

duduk pejabat sampai malam bulan-bulan puasa?

macam bodoh aku rasa. 

tapi..... terpaksa.

kadang-kadang teringat.

tengok kerusi, kosong. 

kadang-kadang sunyi, 

macam terdengar-dengar suara.

huh. biar saja, jangan dilayan perasaan. 




Friday, July 29

TAK BERMAKNA

lari tak semestinya ada penamat. 
jiwa tak semestinya berkocak memberontak. 
calar tak semestinya sembuh. 
sayang tak semestinya seulas ucapan. 
dan
lemah tak bermakna akur. 
sepi tak bermakna mereka bisu. 
ketawa riang tak bermakna tiada kelukaan.
peluang tak semestinya kepunyaan satu. 

dan apa yang nyata, hidup pasti punya kesudahan. 

Saturday, July 23

SESUATU


sebaik-baik ciptaan Allah adalah manusia. mereka dianugerahkan sebilah akal, untuk menepis segala keriakan diri. kadang manusia amat jijik, konon diri pintar dan hebat. bikin keliling jadi bodoh dan patuh.

perlunya kita sadar, kehidupan alam nyata bukanlah sama bak mengelamun berada di kayangan. “apa yang kita kejar, tak semestinya kita peroleh”, begitu bilangnya orang-orang terdahulu.

aku akui yang itu benar. keyakinan yang lama aku kumpul dan pahatkan, tak sama seperti apa yang muncul di pentas dunia. dan kononnya dijangka itu pasti milikku, tapi dibalaskan tidak bagiku. semangat terus lumpuh. tidak lagi punya perasaan untuk dapatkannya.

apa digenggamku kini, perlahan-lahan cair melepasi dari cengkamanku. yang dulunya sering timbul, kini ditenggelami oleh keadaan masa. lenyap sudah segala yang ku miliki. yang dikejar tak dapat, yang dimiliki lari.
 
apa sebenar yang aku mau, aku pun tak tahu. cuma jawapan bagi yang ini aku belum perolehi. bantulah aku, tawarkan harapan yang terakhir bagiku. tolong senyumkan aku seketika aku bernafas. dan inilah hakikat kehidupanku.

Friday, July 8

TOLONG HENTIKANLAH!

aku sangat mendidih hari ini, semua jalan disekat. apa yang kau buat? 

nak sekat semua jalan, tak nak bagi perhimpunan BERSIH dijalankan? konon nak menjaga kepentingan rakyat, keamanan rakyat, kalau betul kau nak amankan rakyat, janganlah susahkan rakyat. habis semua laluan balik aku ditutup. 

jadah kau! kan senang kalau kau lepaskan sahaja perhimpunan BERSIH tu. tentu tak ada sebarang masalah bagi rakyat. 

yang tak terlibat jadik mangsa. aku yang tak terlibat pun jadik mangsa sekatan kau! apa cerita? nak pergi kerja pun terlewat. nak pulang ke rumah apatah lagi. 

sudahlan kepada pasukan polis, kau berilah kesenangan pada rakyat. bukan menyusahkan rakyat.

memang benar politik itu kotor!

Monday, May 16

TAJUK UTAMA: LULUS

ok, firstly...

hari ini aku lulus, even first time aku dapat 2 point sumting, tapi aku tetap lega.

kesah apa aku, janji lulus. bersyukurlah aku sangat-sangat. terima kasih ya ALLAH.

Sunday, April 24

PURE PERFUME

ada seekor lalat datang hinggap ke badan si lembu. lembu yang agak kepelikan lalu bertanya kepada si lalat, "kenapa kau suka datang secara berkumpulan dan bergurau senda ditubuh aku?"

lalu lalat menjawab, "sebab bau badan dan seluruh kawasan kau, sangat mengghairahkan. lagi-lagi benda yang lembik-lembik berwarna kecoklat-coklatan yang jatuh dari punggung kau itu, sangatlah menjolok liang udara pernafasan aku." 

lembu berbisik dalam hati, "kalau dah dasar binatang, binatang jugak. sampai mana yang suci dan najis pun tak tahu bezakan."

pengejarannya, mahukah anda menjadi binatang seperti lalat? janganlah menjadi lalat yang jahil tentang kesucian, tapi jadilah kau seperti lembu! haha

Wednesday, April 13

AKU MENYESAL, MAAFKAN AKU

hari ini, aku sedih sangat. orang yang selalu kejar-kejar aku bila aku ejek dia, orang yang selalu buat muka bodoh bila aku ejek, orang yang selalu tarik rambut aku, orang yang selalu picit tetek aku. orang yang selalu raba lemak kat pinggang aku, dah pun tak ada. 

aku menyesal dan marah pada diri aku sebab tak melawat dia awal-awal. aku betul-betul menyesal. aku dah nak sampai kat hospital dah. lagi 5 minit je nak sampai kat hospital. tiba-tiba dapat text dari member, yang dia dah tak ada. aku terkejut, tak terkata apa. 

aku sampai kat wad icu, semua tengah bersedih. aku betul-betul mintak maap. aku tak sempat mengadap kau. maapkan aku. seriez tolong maapkan aku. then, mak dia bagi kitorang masuk bagi penghormatan terakhir. aku masuk, aku nampak dia kena balut dengan kapan. muka dia kena ikat. aku betul-betul tergamam, kelu, sebak hati aku. aku bacakan kau alfatihah banyak kali. aku tak tahan tengok kau macam tu, so aku terpaksa keluar. 

lepas ni, dah tak ada orang yang nak kejar-kejar aku bila aku ejek dia, dah tak ada orang yang selalu buat muka bodoh bila aku ejek, dah tak ada orang yang selalu tarik rambut aku, dah tak ada orang yang selalu picit tetek aku. dah tak ada orang yang selalu raba lemak kat pinggang aku, segala-galanya dah tak ada.

apa yang aku boleh buat, cuma sedekahkan yasin dan alfatihah buat kau. aku doakan kau ditempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh. amin.

kau sentiasa dalam kenangan. MUHAMMAD IRSYAD BIN HAMIN.

Sunday, April 10

PELUANG AKHIRAT

hebat sungguh kau wahai anak muda. tak ada gentar, tak ada ragu-ragu, slumber picu pistol kau tarik tepat ke arah bapa kau. aku tabik sama kau. bapa kau memang beban penghalang segala kebebasan kau. buat semak biji mata kau kan? tapi anak muda, kau memang hebat.

kau tak mau lakukan, tapi kau paksa demi duit. dan mata kau kaburkan segalanya, yang kau nampak hanyalah ringgit kekayaan. bila kau dewasa, kau sanggup bunuh saudara sendiri, jual pertalian darah kau pada yang buas nafsunya. 

kau senang lihat mereka diperbinatangkan oleh pembekal wang kehinaanmu. adik kau, anak kau, habis  diteroka oleh kebuasan kau. dan bila tak nak, bosan, kau mula agih-agihkan pada kaum sejijik sikap kau. 

jauh sudah kau menyimpang, pintu taubat sebesar tembook cina pun kau buta. kembalilah wahai anak adam. jangan terus biarkan setan kencing deria penglihatan kau. celikkan mata pada dunia tuhan. 

aku sebagai pemerhati amat kesal, amat kecewa dengan diri ini sendiri, tak bisa tolong, membimbing kau ke jalan yang benar, hanya kau saja yang berpotensi merubah nasib akhirat kau kelak. 

Friday, April 8

TERLALU MALAS

dengan penuh keseriusan, saya malas nak kemaskini blog. 

kepada dia, terima kasih.

sekian. 

Saturday, March 26

TANDA KEHAMPIRAN

tanda sudah terpampang di depan mata, peringatan sudah diberi, mungkin tidak lama ianya akan tiba. kecoh, hingar, dimana-mana pasti berlaku ketika ini. retak serta maut sana-sini, yang bersengketa terus bermusuh sehingga ramai yang terkorban. mana satu yang benar dan mana satu yang baik, aku pun tidak tahu. butakah mereka? adakah manusia masih lagi leka dengan sumber serta objek keduniaan? segala yang terjadi tika ini telah ditentukan sebelum terciptanya dunia ini.

mungkin telah tiba waktunya dunia akan diambil semula oleh-Nya. tempoh waktu bagi hambanya tunduk serta sujud semakin singkat. dan aku sedar tentang itu, cuma aku belum ada kuasa untuk merubah diriku. walaupun aku nampak, aku dengar, aku saksikan sendiri bagaimana Dia memberikan tanda-tanda, bahawa dunia akan berakhir, namun aku masih sama, membuat apa yang harus aku lalukan setiap hari.

Ya Allah... aku memohon kepada Mu. Kau berilah aku kekuatan untuk sujud sembah kepada-Mu. aku hanyalah hamba yang lemah, yang memerlukan petunjuk dari-Mu, ya Allah.. aku ingin merubah diriku, namun kenapa aku tidak berdaya??? mengapakah terjadinya begitu?

Saturday, February 26

MULUT JANGAN LONGKANG

jangan biarkan saya benci awak wahai kawan. sikap awak buat saya rimaslah kalau menjadi-jadi macam ni. jangan sangka mulut saya rapat berzip, awak boleh bikin lawak perbodohkan saya. jangan anggap awak rapat dengan saya, tak ada sebarang salah laku yang awak buat. 

saya memulakan kemenyampahan saya terhadap awak sekarang. dan awak seharusnya sedar wahai kawan sebelum kemenyampahan saya menjalar tinggi. jangan sampai darah kool saya menjadi hot. ini adalah untuk kewaspadaan awak.

Thursday, February 17

SADARKAN HATI

emosi kau muncul tak pandang waktu, tiba-tiba kau pekik terlolong. hantam sama orang itu, pecah sama orang ini. perlukah memberontak seperti si todak melanggar singapura? kau bilang, semua silap masyarakat. bila pula kau akan terbeliak sama perlakuan sendiri?

kau manusia tidak pernah sadar. selama manusia keliling junjung tabik pada kau, usahkan ucapan terima kasih, bibir kau pun beban memberikan senyuman. sekarang kau daif susah, bala mula meniarap di kepala, tapi kau masih lagi nak menyimpang tuduhan pada orang lain.

mereka naik bosan dengan nama kau, tidak cukup dijaja di kaki lima, malah berhimpun meludah nama kau. seakan-akan melempar najis ke dahi kau mereka perlakukan. aku cuma berkata bagi kau tundukkan segala keburukan kau. bukannya molek kau bersaudarakan si ego. 

kau bukalah hati dan nurani, terima teguran mulut-mulut keliling dan jadikan satu pengajaran. mereka merungut bukan untuk jatuhkan kau, cuma mau perbetulkan apa yang kau silap. 

Sunday, February 13

MELAKA RAYA!

PENDAHULUAN:
Satu lawatan sambil berhibur dan bersuka ria yang telah dijalankan oleh enam jahanam merupakan pengalaman yang tak dapat dilupakan. lawatan ke melaka merupakan percutian pertama yang dikira paling jauh sebelum ini. percutian yang telah diplan oleh zahir mata stim dan haikal sasa telah dipersetejui oleh rakan-rakan yang lain.

AHLI-AHLI KAKI JAHANAM:



TARIKH: 29 JAN 2011
Lokasi: R&R Rembau
Situasi:  Van yang kami naiki tiba-tiba lak nak overheat. ni la pitstop pertama kami.



Lokasi: Plaza Tol Rembau
Situasi: Tak sampai 5 minit, van memanjang demam panas, meter temperature melonjak dengan lebih tinggi. merupakan perhentian ke tiga sebelum sampai Melaka. lepas berapa minit tah, tiba-tiba ada polis block jalan, rupa-rupanya ada budak-budak basikal Le Tour De Langkawi nak lalu. memang bodoh gila masa tu, dengan sesak banyak kereta, pastu dengan van rosak lak. lepas dah clear semuanya, ada brader mekanik datang tengok van, dia suruh bawak masuk bengkel dia. jadi, kami pun pergilah. 



Lokasi: Stesen Bas Rembau
Situasi: Dipendekkan cerita, van kami tersadai dekek bengkel brado tu hah. tapi disebabkan mereka bersemangat nak teruskan perjalanan ke melaka, aku terpaksalah turutkan. masa dekat bengkel tu, aku ternampak sepupu aku, apalagi, teruslah tegur dia. nasib baik dia ada, kalau tak, kami tak tau nak cakap apa dah. dia yang tolong hantar kami ke stesen bas, agak jauh jugak la. kiranya rembau ni memang betul-betul kawasan kampung. thanks to Muiz, dialah hero kami pada hari tu. setelah tu, kitorang ke stesen bas tampin and then barulah ke melaka sentral dengan menaiki bas. 




Lokasi: Homestay Haji Manap
Situasi: Rumah sewa kami! sambungan cerita, setelah sampai di melaka sentral dalam pukul 8 lebih or 9, kami telah ke kedai makan untuk mengalas perut setelah hampir sehari perut tak beralas. lepas tu, pakcik Manap iaitu tuan punya homestay dengan baik hatinya telah mengambil kami di melaka sentral untuk ke rumah homestaynya. betul punya baik orang tua ni. segala-galanya dia nak tolong, tapi kami terlupa nak snap gambar dia. memang lupa gila ar. dia yang tolong kami carikkan ayam, van sewa, and banyak lagi ar malam tu.





Lokasi: Restoran Menara Bukit (RMB)
Situasi: Orang tua bernama Manap telah syorkan kami supaya makan sate disini sebab satenya terbaik kata orang tua tu. tapi kami pergi berempat, aku, wan, zahir, dan mie. memang betul kata Manap, sate perut kat situ memang terbaik. 





TARIKH: 30 JAN 2011
Lokasi: Menara Taming Sari
Situasi: kami telah ke sana dengan menaiki van Uncle Krishnen yang telah kami sewa. Tapi disebabkan hujan, kami hanya mampu berteduh menunggu hujan. tiada ada aktiviti selain menunggu hujan berhenti.





Lokasi: Pasar Depan Kapal Kayu. (tah apa tah nama pasar tu)
Situasi: Disebabkan hujan tak nak berhenti menangis jugak, kami terpaksa berlari berpatah balik ke Pasar tempat kami parking kereta. nak cakap pasar, bukanlah pasar basah. macam tempat-tempat shoping kerepek, makanan, baju-baju, dan keychain. di sana kami telah membeli bermacam-macam, lebih kepada makanan-makanan ringan untuk kunyah-kunyah.




Lokasi: Muzium Lebah Sedunia
Situasi: Hujan masih lebat, dan menyebabkan kami cuma pusing-pusing menaiki van ke ayer keroh. dan singgah di muzium lebah. tak adalah besar mana pun tempat ni, tapi letak nama Muzium macam besar sangat. cina apek yang jaga tempat tu kecoh je, tak bagi ambik gambar. kami tak nampak pon sign yang cakap tak boleh ambik gamba. haha. bodohnya apek. nassib baik la sempat ambik sikit. disebabkan muzium lebah ni je yang ada bumbung, kat situ je la yang kitorang singgah. sebab zoo, taman buaya semuanya tak berbumbung, nanti demam. 


Lokasi: Foodcourt Ayer Keroh (aku pajak je nama dia)
Situasi: Kami berhenti makan sebentar di sana. Asam pedas terbaik dan boleh tahanlah murahnya!


Lokasi: Mydin Melaka
Situasi: Kami ke sini untuk mencari barang-barang barbecue pada sebelah malamnya. Setelah mendapat semua brang-barang, kami pulang ke rumah sewa semula. 




Lokasi: Porch Rumah Homestay Haji Manap
Situasi: Upacara barbecue dimulakan. nak hidupkan api macam haram punya lama. antara yang dipanggang adalah ayam, hotdog dan sate. zairi batak telah menyediakan rempah ratus hutan bagi barbecue ini. terima kasih orang hutan. malam terbaiklah!





TARIKH: 31 JAN 2011
Lokasi: Bandar Hilir Melaka
Situasi: Orang tua Manap telah bantu campak kami ke bandar hilir untuk berpusing-pusing berjalan-jalan. kejadian tidak diingini telah berlaku iaitu GPS aku tertinggal dalam van sewa semalam. cepat-cepat call pakcik Manap mintak tolong dia. then, uncle Krishnen tolong hantar GPS pada aku. 





Lokasi: Mahkota Parade
Situasi: Sekali lagi kejadian tidak diigini terjadi. kad ATM zahir kena telan kat bank CIMB. CIMB bodoh main telan-telan kad orang. peringatan kepada zahir, lain kali jangan lupa baca doa sebelum masukkan kad, paling hina pun kau, baca bismillah sudah. ttteeeeettttt!!! bahahaha! sory bro. lepas settlekan kad dia, kitorang makan kat McDonald's.






Lokasi: Pahlawan Walk Market
Situasi: Berjalan-jalan dalam market ni sebelum ke melaka sentral untuk pulang ke shah alam.





Lokasi: Stesen Bas Sek. 17 Shah Alam
Situasi: Kami selamat kembali ke shah alam dan pulang ke rumah sewa.






KESIMPULAN: walaupun macam-macam yang haram jadah dah jadik, aku gembira dengan korang semua, appreciate sangat. thanks kawan-kawan.