Tuesday, October 26

SEBELUM TIDUR

hidup bukannya selalu indah. orang yang cakap. tapi bagi saya ianya harus setiap saat indah. walau setahi mana pun saat itu kita susah, atau tidak senang, kita perlu kejar keindahan hidup. dan faktanya lagi, belum tentu Tuhan kasi peluang hidup lama-lama. 

tak payahlah terlalu memikirkan kesusahan, walau seberat mana masalah tu nak dipikul, anggaplah ia seringan sehelai bulu mata. hidup perlu tenang, jangan kelam kabut. kelam kabut membawa banyak kesan rintangan kegembiraan kita. 

saya mahu jadi orang sejuk (cool). tak payah terlalu menonjolkan muka dikhalayak ramai selalu. sebab saya sejuk. dan lagi, saya tak mau saya hanya digunakan. walau saya hanya mengangguk, tak bermakna saya tiada perasaan memberontak. saya ada perasaan itu, cuma malas mahu pamerkan. 

maaf, saya tidak sempurna. dan anda tolong pahami apa yang hati saya mahukan. hati masih lagi melekat di dalam tubuh saya. saya harap, anda sedar itu. kalo saya boleh turuti kemahuan anda, kenapa tidak anda? 

sekali lagi maaf.

Thursday, October 21

TOLONG THINNER HATI

dalam kesalahan, pasti ada hukuman. yang menghukum, tidaklah sekejam hitler. tak jugak sesuci parameswara. 

dalam keburukan, pasti ada puncanya. tapi tidaklah buruk sehina tahi. juga tak semurni permata. 

dalam sekeji hati, pasti ada segulung keinsafan. apa yang penting, maafkanlah seseorang untuk dia tubuhkan satu semangat baru kasi diri suci bersih dari kehitaman kehinaan. 

tak elok simpan dendam. kau pun bukannya sempurna bak BMW X6. kau ibarat sampan usang yang reput tunggu masa nak hancur je. jadi, tak elok menyimpan dendam, dan adalah lebih baik kau maafkan musuh-musuh kau.

Tuesday, October 19

tiada lagi penakhlukan kuasa penjajah.
bebas untuk bersandiwara.
mau main baling-baling batu sama kawan-kawan.
kawan-kawan, marilah!

Saturday, October 16

ENTAH




bila bulan mula mengambil alih kuasa matahari yang terbenam senja itu, gelap malam pula mula menguasai. cengkerik menari-nari memainkan melodi sekata. kelihatan mata bulat burung hantu di sebalik dahan reput si meranti. dan aku, aku hanya perhatikan bintang berselerak di dada langit. 


"aku mau yang itu, sebab bintang itu berkelip laju, ibarat jantung aku sekarang bila kau ada dekat dengan aku", lantas aku gelengkan kepala, jauh pikiran aku melayang. entah mengapa aku masih ingatkan kata-katanya itu. terus aku rapatkan kelopak mata, dan scan segala data ingatan agar bisa tangkis semua virus yang kau serap dalam pemikiran aku. aku mau hapuskan semuanya. kau ibarat kuman halus yang mampu binasakan hidupku.

kemudian, aku celikkan semula mata aku. hilang, segalanya hilang. sudah aku delete kan semuanya tentang kau. aku harap, ia terus hapus selamanya. kini minda aku bebas. cuma sedikit penjajahan yang berlaku di antara minda dan jiwa aku. minda aku telah ditawan oleh tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. owh tidak. 

aku akan terus berjuang untuk menyelesaikan hutang-hutang tugasan yang pensyarah berikan. aku tidak ingin dijajah dan terus menjadi hamba abdi si pensyarah tuli. cuma tinggal beberapa bulan lagi untuk aku terus pertahankan dunia politeknik, kemudian laungan kemerdekaan akan ku jeritkan di merata tempat. terutamanya gegendang para pensyarah. yeah! dan untuk itu, aku akan rehatkan suara jantan garang aku untuk selama mungkin. tunggu kau pensyarah!

Sunday, October 10

DARAH JANTAN!

Sem ini adalah sem paling palat!

bodoh! s**t! waklu! lanc**! bongok! celaka!

ok, tu saja.

jap-jap, ada lagi. terlupa.

bebal! taik anjing! gila!

ok, kali ini betul-betul tamat.

Tuesday, October 5

HIDUP SAYA

Perkara yang disukai:
  • hidup tanpa diganggu
  • kebebasan
  • duit
  • perempuan pakai baju kurung
  • blog
  • cakap direct
  • perempuan gigi sweet


perkara yang dibenci:
  • kacau aku tengah tidur
  •  memerintah 
  • perempuan gedik
  • bila duit kering
  • orang yang tak memahami
  • tengok orang-orang tua kerja fastfud, or sumting yang bukan patut diowang kerja. mana pergi anak-anak setan dia ar? Sara la hidup mak bapak korang! Sial punya anak.
  • Orang yang menyusahkan, ada otak tak nak guna, pastu menyusahkan orang

Perkara yang diingini:

  • Motor baru.
  • Duit lagi skali (aku mata duitan, kau kesah apa!)
  • Awek, tapi tak ada pompuan syok kat aku. Sebab macho sangat kot.
  • Segalanya ada depan mata bila aku memerlukan
  • Ada orang buatkan kerja or asignment
  • Banyak lagi, malas nak taip.

Saturday, October 2

KAU PEKAK MACAM BADAK

dari dulu aku bilang jangan pandang dia bagai si pari-pari jantan yang sempurna. tapi kau terus kasi telinga kau jadi batu, pekak dengan kata-kata aku. ibarat aku cakap dengan anjing lagi bagus dari cakap dengan kau.

aku cakap sama kau, kenal hati budi dia. kenal sama diri dia. asal usul dia. tapi sebab perangai busuk kau, cepat-cepat kau sambar dia. konon kasi tau sama aku dialah penyeri kebahgiaan kau. dan aku mampu senyum untuk ayat-ayat bunga kau. 

kini aku terus senyum dengan ayat-ayat sayu kau. kau ngadu itu, kau ngadu ini pasal dia. akibat kasihan aku pada kau, aku layankan cerita yang langsung tak kasi aku stim. anggok, geleng, tunduk, demi simpati istimewa buat kau. 

bukan aku yang degil, bukan aku yang kasi telinga jadi tapak selipar, bukan aku yang jadikan mata macam kelopak bunga ros, tapi semuanya kau. kaulah punca segala kepatahan hati kau. aku nasihat, lain kali patuh, jangan ingkar. aku kan berdaulat macam sultan pasir berdengung. sekarang, terimalah padah kau.