Monday, March 29

MANIPULASI

saya penat teramat kali ni
saya nak berhenti dari segala-gala
tolong hentikan perlakuan anda-anda
bagi saya peluang untuk tutup mata
jangan cari saya untuk sementara
harapan saya agar anda-anda paham

Tuesday, March 23

ANAK KECIL

kelihatan anak kecil berlari-lari di halaman rumah sambil memegang kapal terbang yang di hadiahkan oleh arwah ayahnya. tak disengajakan, anak kecil tersungkur menghempas tanah. kapal terbang yang digenggam kukuh masih bertahan di telapak tangan anak kecil itu.

anak kecil yang masih jahil tentang kematian belum tahu ke mana hilang ayahnya. lalu mencari ibunya yang sedang duduk di kerusi sandar di kaki lima rumah sunyi itu. si anak kecil bertanya pada ibunya.

"ibu, ayah tak pulang-pulang, dia tak rindukan kita ke? asyraf rindu ayah sangat. kenapa Tuhan ambil nyawa ayah? Tuhan tak kesiankan asyraf ke? kenapa Dia ambil ayah asyraf?"

ibu tersentak mendengar persoalan dari anak kecil. 

"asyraf tahu tak, Tuhan tu yang lahirkan kita kat dunia, dan Dia juga yang boleh bawa kita pergi jauh dari dunia. Tuhan sayangkan ayah. Tuhan cintakan ayah. sebab tu Dia ambil ayah. asyraf jangan marahkan Tuhan. Tuhan tu baik, lagi baik dari semua orang kat dunia ni. Dia akan jaga ayah elok-elok."

"asyraf pun sayang ayah. ibu tak sayang ayah ke? kenapa ibu tak halang ayah pergi? kenapa ibu biar tuhan ambil ayah? asyraf rindu kita bertiga makan malam sama-sama."

air mata ibu mula deras seperti tembakan senapang yang tiada hentinya, "asyraf, tak baik kita salahkan Tuhan. Tuhan tu yang cipta kita. kuasa Tuhan lebih hebat dari segala-galanya. Tuhan lagi kuat dari superhero yang asyraf tengok kat tv tu. ibu tak mau asyraf cakap macam ni lagi. ibu tak pernah ajar asyraf macam ni.

"asyraf mintak maaf ibu. asyraf janji tak kan cakap macam ni lagi. asyraf sayang ibu dan ayah. asyraf sayang Tuhan jugak."

kasih sayang yang digambarkan si anak kecil ternyata ikhlas. insan yang lebih kecil dan muda usianya lebih mengerti makna kasih sayang berbanding mereka yang berusia sudah. tamat.

Sunday, March 21

PENUNGGU TERAKHIR

mata aku masih waras. belum timbul tanda-tanda kebutaan kat mata bulat gahirah ni. bayang-bayang kau langsung tak muncul walaupun matahari panas menggelegak atas kepala berbentuk bujur ni. 

ini bisa jadi saat yang terakhir aku tunggu kau. kau pesan aku supaya berdiri tegak seperti askar dalam barisan. aku turutkan saja kata kau kerana senyuman kau paling penting. tak mau aku lawan kata-kata kau mungkin kerana tak sampai hati melihat kau bermuncung tikus.

tapi aku mau pulang sekarang. aku penat tercongok sorang-sorang kat situ. apa pun kata kau, aku tak pedulik. kalau kau maki aku sekalipun, aku tak kan pulang semula ke situ untuk menanti panggilan suara kau. kau janji aku untuk tunggu sebentar. tapi selamanya aku tunggu kau masih tak muncul.

sekali aku silap, bisa jadi kau maki aku selama-lamanya. kegembiraan yang aku korbankan untuk kau selama ni, tak pernah aku ungkit. aku letih menunggu, dan aku mau pulang sekarang ni. jika kau ke situ nanti, maafkan aku sebab tak mampu lagi tunggu kau sampai muncul. maafkan aku teman.

Thursday, March 18

KAPAS DALAM TELINGA

cukuplah. tak perlu pinta aku lebarkan telinga sampai ke laut sumatera semata-mata nak dengar apa yang kau bidaskan. hati aku tak senang bila telinga mengalirkan isi-isi kandungan luahan kata-kata kau tu.

biarlah aku tutup telinga setiap kali muka kau terpampang depan aku lepas ni. aku rasa mungkin lemak yang menumpang kat tubuh aku dah cukup. tak payahlah kau tingkatkan dengan berat dosa pulak. boleh jadik, aku jalan tempang temping sebab bahu berat senget sebelah. 

cerita itu ini pasal kawan-kawan. nak kata semua orang tunduk pada kau, aku rasa tak pun. kalau boleh ramai kawan yang nak ludah wajah kau yang berkarat tu mungkin. orang lain pun mengumpat, tapi tak sekeji kau wahai insan.

apa yang aku boleh simpulkan, hentikanlah penyampahan aku ke atas kau. kalau kau rasa nak bercerita, pergilah menuntut dengan a. samad said. mungkin dia boleh latih tubi kau jadik pencerita yang berkebolehan satu hari nanti. ok, selesai.

Tuesday, March 16

KEJAM AMAT

kawan saya kemalangan minggu lepas. tapi sampai hari ini, saya masih tak melawat dia lagi. semasa hari dia kemalangan., saya cuba call dia, tapi mungkin abang dia yang jawab. ketika itu, mungkin dia sedang menerima rawatan. tapi sebagai seorang rakan, saya rasa saya amat jahat. sumpah demi Allah saya rasa serba salah dengan kau.

maafkan saya wahai kawan. saya betul-betul ketidaksampaian untuk melawat kau. saya benar-benar sibuk dengan alam pekerjaan. hidup saya langsung tiada matahari yang boleh saya lihat ketika keluar dan pulang semula ke rumah. saya akan cuba melawat kau pada esok hari. saya harap kau fahami diri saya wahai kawan.

sekali lagi maafkan saya wahai kawan.

Sunday, March 14

HUJAN

oh hujan. berhentilah dikau. bagilah aku peluang untuk pergi membeli beg. 
aku amat berharap sangat kau berhenti. oh hujan, tolonglah.

pliz hujan.

Saturday, March 13

TUMBUKAN TENANG

malang datang menyapa si pemuda tenang. siapa sangka wajah jernih si tenang itu jua punyai sepuluh ribu tan berat sang masalah menimpa. tersorok segala rupa megah sang masalah. baginya, sang masalah hanyalah dikaitkan seperti ancaman si anak-anak kecil.                                               
si pemuda tenang mengelak sang masalah dari tersasar pada dirinya. namun percikan serpihan-serpihan sang masalah tetap melambung-lambung pada dirinya. bukan mudah untuk mengelak kehadiran sang masalah dengan tiada sebarang reaksi. 

tidak seperti manusia-manusia lain yang rela membiarkan sang masalah merasuk tubuh penakut yang longlai. dua puluh tahun si pemuda tenang menatang malang ke hulur ke hilir bersamanya. segala hasrat untuk memiliki tak pernah dicapaikan oleh saudaranya, si nasib. namun redha hati kecilnya menerima suratan takdir.

kini beliau masih berjuang di medan pertempuran menentang keprejudisan sang masalah. mungkin dikalangan mereka tidak menyadari kelibat si pemuda tenang di sisi kehidupan mereka. beliau boleh berada di mana saja asalkan tiada siapa tau tentang kewujudannya. 

Friday, March 12

TERIMA KASIH

satu-satunya kawan yang paling rapat dengan aku adalah abbad.yup! nama dia abbad anak lelaki wahid. dari sekolah, hingga ke hari ini, kami memang rapat. even dia masuk uitm, dia tak pernah lupa aku.

memang benar dia lelaki, tapi dia tetap rapat dengan aku. aku bukan gay ok! tapi ni mungkin cara aku tuk menghargai kawan. seorang kawan setia boleh nampak jelas walaupun dari mata kasar.

satu lagi, berdasarkan post aku yang lepas, aku boleh lihat, seramai 5 orang yang memberontak. haha. maaf kawan-kawan, bukan tujuan aku untuk sakitkan hati korang. cuma nak sampaikan mesej yang tersirat. "seorang kawan itu bukan untuk dikongsi ketawa bersama-sama buat seketika. kongsilah buat selama-lamanya."

p/s : bad, terima kasih atas susah payah kau untuk aku selama ni. aku amat hargai. and, ko tak payah bangga sebab kau ada dalam post ni.

Wednesday, March 10

15 SEN OR MISCALL

nak buat apa simpan banyak-banyak? simpan untuk gayut malam-malam sampai patah tiang besi sebab tak dapat tampung kau bergayut. kau guna maxis, aku guna celcom. kalau kau bazirkan 15 sen pun, aku dah anggap kau setia. aku tak kan mintak lebih dari 15 sen seminggu la.

kalau kau nak sangat simpan 15sen kau tu sampai kiamat pon tak apa lah. miscall adalah tindakan paling hina yang aku boleh terima dari kau. mungkin miscall pun kau tak boleh sebab kau anggap nombor aku sampah. melonjak-lonjak hati aku kalau kau orang bagi tau apa kabaran diri anda.

jujur aku berkata-kata, tak pernah aku dapat elaun untuk bertanya khabar korang. sebenarnya aku tak perlu sibuk-sibuk tentang kau orang wahai kawan. tapi aku tak mau di tanda kat dahi sebagai insan nyanyok. aku akan ingat nama setiap kawan aku sampai ke kubur. 

jangan bercakap pasal setia kat aku. aku tak perlukan setia kawan yang hanya tau bersyarah tentang setia depan khalayak manusia. hakikatnya setia masa dijangkiti kesusahan. kalau setakat setia untuk pertolongan jangan isytiharkan diri anda setia wahai kawan-kawan.

bukan dituju kepada sejenis manusia. tetapi untuk makluman semua kawan-kawan. maaf, mungkin post ini menkecilkan atau mengdidihkan hati kawan-kawan yang sedang tenang. tapi mungkin bagi sedikit kesedaran untuk kawan-kawan yang jahil tentang ungkapan setianya kawan. 

WILL YOU MARRY ME?

aku akan sorang-sorang sampai bila-bila? betul ke? aku tak kan ada pasangan? semua perempuan tak kan berselera dengan aku? begitu ke ceritanya? barulah aku tau. patutlah aku dudu main gentel taik hidung tiap-tiap hari sorang-sorang. tak ada siapa yang nak teman korek hidung sama-sama.

okay. aku tak kesah. korang punya  hak wahai wanita. aku dah malas nak bukak mulut tanya siapa yang sudi. aku cuma menunggu bakal bini yang mungkin sudi melamar dating rumah jemput naik kereta besar pindah rumah dia.wah, sungguh ghairah.

mintak-mintak dia bawak duit hantaran guna duit dollar sekali. tak payah la aku sibuk memeluhkan diri carik duit nak pinang dia. kalaulah dunia senang macam tu. tapi aku yakin, satu hari nanti, pasti.

Tuesday, March 9

NANGKA TERGOLEK

aduh! kau singgung aku sampai jatuh guna kata-kata hikmat kau tu. tak larat dah aku nak kembali berdiri tegak dalam barisan. betul-betul padu sasaran kau hingga tepat merobekkan hati aku. 

lepas ni, aku dah tak kan ambik tau pasal kau. even kau pakai seluar dalam atau tak. langsung aku tak pandang. so, kau jangan riak bertanya pada aku kenapa aku tak pandang walaupun sehelai bulu mata kau. aku tak berselera.

esok lusa aku nak pikul diri aku biar duduk jauh-jauh dari bontot kau. macam malaysia dengan korea jauhnya. babye. itu perkataan terakhir dari aku.

Saturday, March 6

BANGKAI HODOH

dah lama terpadam muka kau kat whiteboard hati aku. aku kikis semua lakaran muka kau gunakan kapak tajam. bagi yang tak boleh di kikis, aku sental guna thinner biar senang hilang warna wajah kau. wajah busuk kau tak harus disimpan sampai usang bertahun lamanya. 

tapi semalam mungkin aku disampuk. pikiran aku mula sedut semua memori tentang kau lepas satu movie habis ditonton. macam mana hidup kau agaknya sekarang. mungkinkah kau menjaja diri untuk kepuasan nafsu kau? haha. tak dapat aku bayangkan. 

5 bulan aku berjaya hapuskan segala pengaruh kau dalam tubuh aku. kini kau tak dapat lagi sebarkan virus dalam diri aku untuk buat aku tunduk pada kau. aku tak perlu duduk di hujung satu sudut lalu menangis demi kau. air mata aku bukan diterbitkan untuk kau. dan aku bukan lemah seperti si pekan batu belah batu bertangkup.  

malah aku rasa lebih riak kerana kau pernah jadi milikku. kenapa perlu aku cerita macam ni. mungkin sebab kau muncul mengesot di lantai minta simpati dalam ingatan aku. selepas semalam ini, akan ku campak kan kau jauh dari pulau ingatan ku. ini janjiku. 

Friday, March 5

BUAIAN KEPENATAN


esok bersamaan dengan hari-hari seterusnya. lincah kau usung aku ke sana ke mari. kau simpulkan tali dekat leher aku yang unik, biar aku turut ke mana saja kau tuju. menggigil semalam belum sudah lagi, hari ini kau tambah kegigilan biar aku tak boleh jalan. 

kau biarkan aku belajar tentang ilmu bisnes yang entah apa pelancau. kusut pemikiran aku macam rambot si nigga. aku bukan berjalan di atas bidang itu lah wahai ketua. aku sang elektrik, bukannya bersaudarakan si marketing. lepaskanlah aku, sumpah aku penat.

Monday, March 1

LAYANG-LAYANG

untuk apa bercakap? lebih baik senyap. 
untuk apa menyerlah? lebih baik menyorok.
untuk apa sibuk? lebih baik tenang.
untuk apa mencari? lebih baik termenung.
untuk apa sayang? lebih baik benci.
untuk apa dewasa? lebih baik kanak-kanak.
untuk apa sedih? lebih baik gembira.

untuk apa semua ini? x de makna sebenarnya.