Thursday, April 22

TATAPI WAJAH AKU

kalau aku sudah tiada
tolong simpan kenangan kita sampai saat terakhir mata kau pejam. gelak yang aku cipta untuk kau, jangan kau berani nak kikis. sebab bukan senang aku nak munculkan senyuman kat wajah kau yang busuk.

kalau aku sudah tiada
tolong maafkan aku kiranya pernah goreskan hati kau bak pertandingan gores dan menang guna syiling. bukan niat aku nak darahkan hati kau sampai rabak lukanya. mungkin aku tak perasan setiap kata yang terbit kat bibir aku yang sexy ni boleh buat kau kecik hati mahupun marah. maafkan aku terlalu sangat dan amat-amat maaf.

kalau aku sudah tiada
tolong simpan segala rahsia yang pernah aku kisahkan kepada kau. jangan kau pergi news strait times tulis rencana bertajuk "secrete of haikal" lak kat salah satu page akhbar tu. jangan kau jaja cerita-cerita aku kat penulis skrip filem terkenal, risau kalau mereka-mereka berminat nak buat movie pasal kehidupan aku.

kalau aku sudah tiada
aku nak kau tahu, kau terbaik bagi aku. tak pernah aku anggap buruk pasal kau. walaupun kau lagi buruk dari siput babi. aku akan kenang kau walaupun aku dah tak nampah wajah sampah kau. haha! tiu sahaja yang aku boleh sinopsiskan, nak taip panjang lebar mungkin bulan depan pun tak habis.

kalau aku sudah tiada
aku nak kau tau, aku dah pun maafkan salah-salah kau. apa yang kau cakap, bagi aku hanyalah untuk jenaka. aku tau kau kan berniat tuk jatuhkan aku. ok, selesai

*semuanya aku tujukan kepada sahabat-sahabat yang rapat dan tak rapat dengan aku. korang wajib baca dengan feeling ok? end~

Monday, April 19

EGO SI BONGOK

Tepat pandangan kaytee pada rintikan si hujan. Dia yang tenang menyandar pada tiang kurus semakin layu mata melayan suara riuh si hujan. Perlahan-lahan Danish datang menepuk dahi kaytee.

“hoi! Boleh lak kau stim membuta kat sini.”

“bodoh! Sakit la bongok! Yang kau ni dari mana lak mentiba-tiba je muncul cam saudagar ghaib”


“aku kat kelas Puan Martina tadi, dah tangkap stim je mata aku, tengok kau pun tak de. teros, aku gerak sini, sebab aku tau budak yang tak de masa depan cam ko ni memang suke lepak tempat-tempat sunyi”

“kau nak cakap aku je la ni ea? Kau tak la? Haha! Wey buaya, kau rasa kan, dah besar nanti, kita rapat bodoh-bodoh macam ni tak? Ke kita ikut arus masing-masing?”

“kau pikir hidop ni macam sungai ke? ada arus-arus lak. bahaha. Entah la cik katreena sameon ooiiii.., aku bukannya pencipta takdir.”

“memang lah bodoh! Menyampah aku cakap dengan kau. Sakit benak otak aku. Tapi kan, aku harap kau selalu teman aku macam ni. Kau janji tau?!

“teman kau?  Haha! Aku lagi sanggup temankan makcik cleaner kat sekolah ni tau tak?“

“betul kau tak kan teman aku? Ok, terpulanglah”

“menggelabah si pondan rakus ni, gurau pon tak boleh. Yela, aku akan teman kau sampai bila-bila. aku pun harap kau selalu teman aku..”

Keegoan dalam diri melafazkan kata-kata suci membataskan bibit-bibit cinta antara mereka. Kedua-dua saling menyimpan perasaan dan tiada yang mau mengalah.  Kebodohan terserlah di perwatakan ego mereka. Akhirnya mereka terpisah pabila meningkat zaman dewasa yang dilalui dengan haluan masing-masing. 

KATA KESUBURAN

Harapan itu mungkin bagai tinggal serpihan daun-daun kering pecah. Kau kata itu ini bila kau perlu bersuara tentang indah.

Setiap sebutan tika itu sangat bahagia bagi aku. Tapi tak selalu kata-kata itu terus subur bercambah menjadi pohon kebahagiaan. Di kala hari lain, kau akan cepat benar berubah menjadi lalang.

Oh ya, aku tau kenapa perlu kau begitu. Tidak perlu untuk aku berpidator menerangkan maksudnya.


walaupun begitu, aku tidak lahir dari jenis cepat tersentuh. Kau buat apa kau suka, selagi aku dapat lihat kau senyum. Aku hanya boleh menjadi ubat derita kesakitan kau saja.

Selagi aku mampu buat kau senyum, aku akan teruskan. Ini janji ku.

MASA SUJUD TIBA

Gelap mata sampai tak nampak duri yang mampu tikam aku
Ya, memang aku sengaja pejam mata ketat-ketat
Dah berpuluh-puluh guni dosa aku kumpul selama ini
Sampai dah masa tuk aku humban guni-guni bala tu jauh-jauh
Beban dosa haram tu semua aku yang pikul
Buat apa korang sibuk-sibuk cakap aku tak rock
Aku dah puas jadi binatang rock iblis tu
Tolong biarkan aku sujud untuk kali ini
Biarkan korang caci aku, tapi Dia mungkin tidak
Sinar kesedaran mungkin dah terpanah tepat kat mata
Aku akan cuba tuk sembah taat pada Nya

Friday, April 16

MANA TELUR?

awak, saya rindu awaklah. tapi maaf, saya ego yang amat untuk berkata.

saya harap awak pun :)

Sunday, April 11

SEPATU PUTIH



Petang yang suram. Angin menjengah meniup ke jalanan sunyi. Tin kosong bergulingan menuju ke longkang. Tang.. tang.. tang suara si tin kosong memecah sepinya petang itu.

Kelihatan seorang pemuda bersepatu putih bersila termenung. Di poket bajunya terdapat sekotak rokok. Rokok menjadi peneman sejati tiap kali bermenung. Kehadiran si rakan-rakan sangat diharapkan beliau bagi mengisi waktu gundahnya, namun satu kelibat tidak kelihatan.

Di kepitan jari telunjuk dan hantu terdapat sebatang rokok yang sedang menyala baranya. Di tariknya asap kedalam paru-paru dan kemudian dikeluarkan semula melalui rongga hidungnya. Si sepatu putih membasahi pipinya dengan linangan air mata dengan tiba-tiba. Fikirannya bercampur aduk dengan ramuan kehidupan dunia. Namun tiada yang peduli.

Untuk kali akhirnya beliau menyedut asap batang di tangannya sebelum rebah kaku di permukaan simen keras yang menjadi tapak persilaannya setiap hari. di wajahnya timbul satu senyuman yang beliau pancarkan untuk kalian manusia.

Perginya si sepatu putih dengan tenang tanpa dendam. Biarpun hati jatuh tanpa ditemani saat-saat akhirnya, beliau mengharapkan senyuman yang pernah terukir di hati si rakan-rakan tidak akan lupus. 

Friday, April 9

MUKA PLASTIK

satu kopi panas dicampur ais ketagih sampai esok. walau sakit hampir tamat riwayat pon, tetap nak kan kopi yang sama. tak macam kau, buat orang lagi nak jauh dari kau. aku syorkan kau jumpa doktor suruh doktor tampal plastic kat muka kau buat muka jadi gajah.

hilang semangat nak berak aku bila nampak kau dengan senyum-senyum palsu kau tu. starting cerita kau sangat meriah. tapi sampai kat kesimpulan cerita tu, meriah tukar jadi mariah. benak otak aku kalau kau buat macam ni selalu kat aku. baik kau bisu daripada kau campakkan kata-kata tak ada pendirian kau tu. 

sikit sahaja kisah kau dalam ruang aku. jangan kau lebih-lebih mau aku taip tentang kau lagi. bersyukur sebab kau popular dalam ini blog. ok sudah.

Friday, April 2

SEGAR DARI LADANG!




di satu tengahari yang menggelegak, waktu lunch bersama staf-staf ofis.


orang lebih tua: hari ni saya nak minum susu lembu fresh la. esok cuti baru 
                       la ada tenaga.

orang tua sikit : haha. baru lah mengancam.

aku               : wah bang, mentang-mentang esook cuti, segala susu nak 
                      diminum. tapi ada ke orang minum susu
                      lembu segar dari ladang punya? tak pernah lak dengar.
                      kalau susu lembu dalam kotak tu ada la.

orang muda    : hahaha. kau kena paham kal maksud yang mendalam 
                       macam tu. 

orang lebih tua: hahahahahaha.

aku                : erk... tak paham la bang. 

orang lebih tua: esok hari untuk saya bermain-main bang. kena ada tenaga
                       dari pagi sampai malam.

aku                : hahahahaha! ok paham dah! *(dalam hati: sial nya orang 
                        tua, tak padan dengan tua)

*P/S: jangan jadi LAMPI!