Sunday, August 29

CERITERA RAMADHAN

bulan ramadhan mulia ni, banyak benda yang akan berubah. perasaan berubah sampai ke tempat belajar. tak ada semangat nak belajar. hari-hari muka pensyarah yang sama keluar masuk kelas. tak boleh ke megan fox, tak pon miley cyrus ke yang ajar aku. baru la semangat belajar aku up sampai ke tahap 5 bintang. dup dap dup dap jantung aku bila tengok lentik je! lentik bulu mata diorang. jangan la anggapan yang salah.

dan keduanya, hari-hari buka makan macam-macam. padahal tak lapar mana pun. nafsu makan mengalahkan nafsu kuda makan rumput. pergi bazar pelbagai jenis lemak kolestrol diusung bawak balik. padahal makan kuih tiga empat keping pun dah kenyang. makan banyak-banyak pun hasilnya tahi jugak. tak adanya makanan tu simpan sampai sepuluh tahun. so, jangan batak sangat membeli belah kat bazar tu.

isu ketiga dalam post ini adalah tentang perempuan yang tak dibenarkan berpuasa. darah aku betul-betul melebihi takat didih suhu termometer kalau tengok para perempuan tak reti adab disiplin masa bulan puasa ni. makan minum suka hati depan orang. tau la kau orang dapat MC bercuti. even kau tak puasa pun, janganlah bangga tayang selekeh kau depan orang puasa tak adanya orang nak tepuk tangan bersorak kalau kau tak beradab. sebab aku dah jumpa perempuan jenis ni kat McD ari tu. kepada kaum hawa, jangan amalkan ok! 

dan yang terakhir, aku nak berenti menaip. sebab malas nak taip lagi. itu sahaja dari saya yang tak sempurna. 

Saturday, August 28

JALAN TAR


semalam aku pergi jalan tar. bukan membeli belah tapi teman kawan-kawan senget sebelah. macam-macam orang boleh aku nampak. kelakar macam tahi. shit. mula-mula aku perempuan pakai selipar, skirt, and singlet. mungkin la singlet sebab bagi aku singlet. mane la aku tau pakaian perempuan ni. kalau bagi aku, rasa macam nak londehkan skirt dia dan ludah kat alur dia. jijik ok. 

lepas tu aku dengar dari jauh suara orang menyanyi. orang yang mula-mula nyanyi tu, boleh pergi buat album la. tapi sampai orang yang kedua, bahahahahaha! gampang macam tahi lembu tersekat kat hidung. sengau la gila suara kau! tak sedar ke? sepanjang dia nyanyi, aku gelak sambil jalan. orang-orang pikir kami gila.

yang ketiga, aku boleh nampak yang lelaki jadi perempuan. aku tengok dari jauh perghhhhhh... kiut miut ciptaan Tuhan ni. bila makin hampir berselisih dengan aku, ya Allah! kiut bertukar jadik pekasam + cuka. nasib baik la aku tak buat-buat macho pergi tegur. kalau tak, mau aku dipeluk tak lepas-lepas sampai subuh. 

masa aku jalan kat tengah-tengah sesak tu, aku nampak macam patung model. rupanya peniaga lelaki tengah pakai tudung. hahahaha. bongok gila. dah la ada misai, pakai tudung lak tu, pegang beg pompuan lak tu. dia jerit "mai singgah-mai singgah. hari ini last offer esok tak ada dah. hari ini sepuluh esok lima ribu saya jual."
pancing macam kencing.

dan itu sahaja, aku malas nak tulis dah. cukup lah ini je. selamat.

Saturday, August 21

KASI BETUL

Pernah kau tenung bintang yang bertabur di langit? Apa perkataan yang kau dapat ungkapkan pasal bintang? Indah bukan?

Pernah kau lihat semut-semut memikul berbaris satu barisan panjang memikul gula? Apa yang kau dapat katakan pada semangat semut tu? Rajin bukan?

Pernah kau nampak ibu bapa yang menghuni rumah-rumah orang tua termenung? Apa yang kau dapat hayati perasaan mereka? sedih bukan?

Pernah kau hidu bau wangian-wangian minyak wangi yang disemburkan pada pakaian? Apa yang kau dapat di situ? Harum bukan?

Terlalu banyak ragam tentang kehidupan. Ada yang gembira, juga ada yang kesempitan. Biarlah kesilapan lepas mengalir mengikuti arus yang berlalu pergi. Apa yang perlu hanyalah ubah kehidupan kau, juga aku. Tapi apa yang kau dan aku dapat simpulkan, itulah kehidupan.

GADAI HUTANG

Dulu aku buta. buta segalanya. Apa yang aku nampak hanyalah dia kebahagiaan. Kebahagiaan yang kononnya sampai ajal mati. Tapi tak lagi sekarang. Kebahagiaan yang sebegitu hanya sementar, telah pun selami jiwa insan lain. Tapi pada aku tidak ada lagi. Kebahagiaan itu sebagai pengajaran bagi aku tak lupa pada kebodohan.

Kini aku masih lagi mencari kebahagiaan. Kebahagiaan selamanya yang bikin aku jadi senyum sampai reput. Apa yang aku temui setakat ini adalah kebahagiaan dari keluarga yang tak pernah muak curah segala yang patut. Sujud syukur aku pada Dia yang Esa. Aku mau cepat-cepat membesar dan matang, biar aku dapat pikir lebih luas lagi.

Hidup aku kini penuh kehutangan, nilainya berjuta-juta, pengorbanan dari keluarga. Satu hari depan pasti aku akan langsaikan. Cuma tunggu masa untuk sesuai. Insyaallah.

Thursday, August 19

TANDUS KERIANGAN

Satu persatu kelopak kenanga di robek, jatuh perlahan-lahan menghadap bumi. Berdirinya si kaya bersandarkan pohon kenanga. Ditenungnya kelopak kenanga yang kehilangan tangkai untuk berpaut. Segalanya dingin petang itu. Lalu duduk dan bersandar si kaya di situ, akhirnya lena di temani angin sepoi-sepoi.

Si kaya yang cukup sempurna dengan kehidupannya itu, siapa tahu, punyai masalah kemurungan. Biarpun segala keinginan dapat dituruti dengan kemewahan yang sedia ada, si kaya masih lagi sayu dan layu.  Muram tanpa kegembiraan sentiasa menemani dirinya, kedengaran suara tangis mendayu-dayu jauh di lubuk hatinya, biarpun dia saja yang tau.

Malahan, si kaya pandai bermain watak kegembiraan. Senyuman serta ketawa palsu dipamerkan di layar lakonan dunia. Tiada siapa yang tahu hakikatnya kemurungan si kaya. Cukup sedih. Si kaya sendiri tidak tahu apa yang diingini bagi menyempurnakan tahap minimum kegembiraannya.

Si kaya tersedar dan dilihatnya hari berubah menjadi senja. Lalu dia segera mengangkat punggung untuk di bawa pulang ke teratak indah kayangannya. Begitulah hari-hari si kaya yang berlalu dan yang akan berlalu. Sentiasa mencari sinar kegembiraan dalam dirinya, dan akan terus mencari.

Thursday, August 12

KATA LAYANG

unik kau ini. kau juga aneh. terlalu aneh untuk mata memandang. aku mudah tertawan dengan gaya kau. sebusuk mana ludah manusia, aku tetap hidu aroma wangian dari kau. kenapa aku taksub? sifat itu boleh melalaikan.

tapi satu kau lemah. lemah dari aspek deria. segala deria! ini benar berlaku pada kau tika ini. sayangnya kau tiada perasaan untuk mencuba. itu silap kau. bukan aku. aku hanya mampu perhatikan dan bikin kau senang. 

owh satu lagi, ini series benar dari apa yang aku pendam.

Monday, August 2

KOSONG

nothing to say. aku sangat sibuk. tiada masa untuk cipta karangan disini.
itu sahaja.