Monday, October 22

TIADA APA

hari semakin gelap, bayang kau masih tak kelihatan, di mana kau, aku masih menunggu, biarpun aku tahu aku bakal menyaksikan kegelapan di malam hari. mataku sebelah tidak bermaya untuk melihat dengan sempurna, bingkai yang aku gunakan untuk memenuhi hasrat penglihatanku, telah pun patah dan pecah. tidak apa, aku setia menunggu. akan ku ganti nanti, tunggu saja aku sorang di sini. 

tidak lama, kau hantar pesanan, katakan tidak jadi. aku hanya tersenyum. terima kasih, tidak apalah, hari pun sudah gelap, mungkin ada baiknya tidak jadik, tidak akan jadi apa-apa nanti. pulanglah, pulang ke pangkuan keluargamu. sebentar lagi aku pula akan pulang bersama mata yang kurang jelas untuk memandang bumi tuhan yang cukup sempurna. 

sampai disini, aku mahu pulang. senyum ku hanya untukmu. :)