Thursday, June 10

KARYA AYAM

Aku ingin menulis. Tapi ilmu tulisan aku belum cukup sasa untuk bertanding sama insan lain. aku mau jadi segagah karya mereka. Aku pelajari. Aku cuba dapatkan segala ilmu yang ada pada mereka. Tapi masih lagi lemah.

Aku baca hasil penulisan mereka. Bagi aku, ada dua insan yang aku sanjung karya mereka. setiap kiriman blog mereka yang baru, aku baca, aku kaji, aku telaah setiap perkataan. Aduh. Sungguh puitis. Sungguh lunak. sungguh asyik. Benar aku minat mereka.

Bagaimana idea dari mindanya boleh berikan kata-kata indah. Perkataan-perkataan yang jarang orang gunakan. Ayat-ayat yang bisa kasi pembaca lebih taksub untuk meneliti hasil karya mereka.

Owh ya, halaman yang aku cipta ini berkonsepkan kehidupan. Bukan kehidupan aku semata-mata. Tapi aku cuba lebih ketengahkan tentang kehidupan manusia di arena ini. Apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya berbentuk nasihat. Tapi mungkin agak keterlaluan bagi sesetengah. aku perlu keterlaluan untuk bagi tau tegas sama orang-orang.

Aku akan cuba untuk menulis lagi baik biar orang tidak bosan untuk baca. Aku akan cuba. Semangatkanlah aku.

PELAJARI HARGA

Perlukah butakan mata. Kau tak nampak apa dia lakukan? Kau tak sedar dia sentiasa resah untuk kau? Tapi tak mengapalah kalau mata kau sudah ditarik derianya. Asalkan kau janganlah butakan si hati nurani. Sedarlah kau dari ego. Kau ingin kembara lebih jauh? Pergi. Pergi. Dan pergilah. Tiada siapa mau halang kau kejar apa yang kau mau.

Tapi aku pikir kau perlu belajar ilmu harga, harga yang ramai kenalinya sebagai hargai. Harga itu sangat-sangat mewah nilainya. Kau perlu kenali dan fahami ilmu harga itu. Jangan kau bikin tuli sama itu perkataan hargai.

Ada kala, bila kesampaian kau itu tak dicapaikan, mula kau berontak. Tapi pernah kau pikir cara hargai orang yang banyak korban demi kau? Kau marah, kau maki kotor, kau caci kesat sama dia, tapi cuba kau pandang rupanya, dia masih lagi senyum untuk kau.

Amat payahkah untuk hargai nilai dirinya? Kenapa kau tak biarkan dia senyum lihat kau selagi nyawa ada di jasadnya? Mungkin sikit waktu lagi, dia akan pergi lama jauh dari penglihatan kau. Detik itu, tak mungkin lagi dia bayangi diri kau.

Waktu indah kau dan dia, kau ingat lagi? Waktu kau sedih, dia juga yang hulurkan telinga untuk kau adukan. Dia jaga kau, dia tumpukan khusyuknya hanya pada kau. Jangan kau perlakukan buruk padanya. Satu hari nanti, kau pasti sesal.

Duhai soleh solehah, aku bilang pada kau, lekaslah sedar.  

DIAM BUKAN AKUR

Aku rasa kau belum cukup sifat untuk meletakkan orang pada kawasan bersalah. Sedarilah dimana letaknya diri kau itu lebih dulu. Baru aku bagi jari kau untuk tuding pada siapa. Aku rasa kau baru saja mau bangun dengan cemerlang. Tapi saat-saat kegemilangan kau itu telah dilumur tahi oleh kau sendiri. Mungkin ini masa untuk aku tegur memandangkan tiada yang mau bersuara untuk dirikan pendapat yang sama macam aku.

Bagi aku mungkin kau ada sikit benar. Tapi cara kau itu, lebih ingin jatuhkan orang dan hukum yang ada silap dengan kau. Apa kau pikir jasad kau mulia sangatkah? Kau tak pernah salah? Kau tak perlu kisah dengan orang yang kau cuba jatuhkan? Kau pikir semua orang boleh angguk apa yang kau cuba sampaikan?

Kalau benar pun tuan punya badan itu sangat berdosa pada kau, tak perlulah kau ciptakan sebuah puisi bangkai kasi semua orang tahu pasal si berdosa itu. Ibu aku pesan, biar kita jatuh bersepak guling, tapi jangan cuba sesekali untuk aibkan orang yang telah lontar celaka pada kita itu. Mungkin kau pikir kau ramai kawan, ramai kegilaan, ramai segala-galanya, kau boleh jatuhkan satu daripada musuh kau. Tak mungkin dalam beribu pengundi kau akan terus akur. Mereka juga ada akal.

Aku berkata apa yang aku rasa. Tak bermakna aku berpihak pada mana-mana calon. Terpulanglah pada kau untuk terasa atau tidak. Aku bikin cerita bukan untuk kau, tapi juga untuk kasi nasihat pada minda aku. Ubah sikap kau. Mungkin aku bukan jenis yang ambil kisah kata-kata kau. Tapi kalau lontaran kata-kata kau tepat kena pada orang yang tak senang dengan syarahan kau itu, mungkin dia akan tinggalkan kawan seperti kau. Sedarlah kawan, aku menasihati kau sebagai seorang kawan. 

BAYANG KEMERDEKAAN

Aku lihat ramai hitung hari bagi detik-detik akhir kebebanan. Terpampang jelas kerakusan mereka pada status ‘muka buku’ dan ‘ruang aku’. Apa yang kau suka sangat mengira? Dari tadika, upsr, pmr, spm sampai ke ipta kau belum cukup ilmu untuk kira 1 2 3?

Semuanya anggap perang 6 bulan ini akan tamat begitu sahaja. Ya, aku tahu kau semua mahu tamatkan tempoh jajahan pada hari ini. Tapi bagi aku tidak. Tak usah kau bilang kita sudah merdeka. Haha! Kau semua butakah? Selagi satu risalah laporan belum sampai ke tangan si penjajah sebenar, selagi itu kau belum merdeka wahai bangsa-bangsa praktikalku.

Aku masih lagi dalam kebimbangan, tapi kau semua sudah mau laung-laungkan kemerdekaan? Lupakan kemerdekaan yang kau inginkan itu. Mari berganding bahu sama aku kita tempuh lagi satu pertempuran yang mungkin agak besar. Kalau boleh, kau kongsilah risalah yang bermakna itu dengan aku. Agar senang aku langgar dinding kebimbangan aku tika ini.

Dan bagi aku, masih ada 9 hari untuk aku ubah keadaan. Bantu aku wahai bangsa-bangsa aku. Tolongilah aku. Tolong…..

PEREDARAN AKRAB

Dimulakan dengan perkataan bosan bila bulan terbit menandakan malam. Aku pandang gambar kawan-kawan tika sekolah dahulu. 3 akmal. Aku nampak abbad, aku nampak kemas, aku nampak shamsal, bon, aiman midon, apai, izudin sotong, qud, mus, halil, apek, dan mahfudz. Bila tengok gambar tu, shit! Aku sangat gemok berbanding sekarang. Sekarang lebih sasa.

Memang benar mereka sentiasa aku ingati. 3 akmal sememangnya banyak kenangan. Masih lagi segar nama kawan-kawan dalam benak otak aku. Kita main bola kat bengkel pertanian. Ada gadoh, ada gembira, main ejek nama bapak. Halim, midon, wahid, sherif, sarib dol, ayah pin, dollah. Bhahahaha. Macam bodoh.

Tapi sekarang, semua bawak haluan masing-masing. Kalau dulu kita pegang peluk erat masing-masing macam adik beradik, tapi sekarang  tak. Sekarang kalau jumpa, tegur-tegur ayam. Kemana pergi keakraban kita dulu? Tak patot kita berubah bukan wahai kawan-kawan? 

Tuesday, June 8

SUARA DALAM BISU

tamat sudah sesi aku bagi kau. mungkin sampai waktu aku berhenti untuk sesi ini. lain hari, kau pasti dalam kabur-kabur carik bayang aku. begitu sahaja aku ghaib tanpa ucap satu kata akhir pada kau, maaf.

sekarang aku cuma ada itu. itu saja yang bisa menemani ke sana ke mari. mana saja kaki aku cecah, di situ ada itu. pasti itu jadi teman bual kala manusia tak lagi bisa tegur pada aku. tidak mudah bagi aku untuk kau paham apa yang cuba aku lakukan. tapi tak mengapa, seharusnya aku getap bibir diam dari biarkan banyak hati yang mungkin aku guris.

cariklah aku di sini kalau kau masih ambil tau tentang aku. mungkin sini saja tempat aku berkata. kawasan ini saja kasi aku luah apa aku mau. ini saja tempat yang tak mungkin melatah apa yang cuba aku sampaikan. walaupun di sini aku bersuara dalam bisu. selamat.

KAULAH IDAMAN



Ciri wanita peveret:

  1. Jenis tak kesah, asalkan boleh accept aku as boyfriend
  2. Tak kongkong
  3. Pakai baju kurung especially baju kurung cotton
  4. Tak payah nak cemburu sangatlah sampai nunjuk-nunjuk.
  5. Sama kepala
  6. Kalau bolehlahkan, tak nak lah yang kuros.
  7. Tak memilih dan tak merungut
  8. Ada pikiran dan pala hotak, yang ini kasi pikir dalam-dalam
  9. Bertolak ansur pasal perbelanjaan, coz aku bukannya kaya manjang nak sapot kau je.
  10. Tak pemintak, bahahahaha save duit aku

DAJAL TAPI SUCI

Jujurnya aku kata, bukan niat untuk aku untuk jatuhkan kau. Jujurnya aku bilang, bukan dari hati aku untuk ucapkan kata sakti yang bisa meletupkan lava sanubari kau. Dan jujurnya aku mengaku, bukan itu maksud aku seperti mana yang kau pikir.

Mungkin mulut aku tak secantik kau. Mungkin perkataan yang terlafaz bukan seindah taman bunga. Mungkin ayat yang keluar seumpama keharuman parit. Dan mungkin semuanya tak pernah kau pandang elok tentang percakapanku.

Tujuan aku untuk hati kau senang. Tujuan aku untuk kau tak bosan membidas aku. Tujuan aku untuk kau gelak. Tujuan aku untuk kau tak fulstop melawan kata-kata aku. Dan tujuan aku hanyalah untuk melihat kau senyum bersama-sama aku.

Tapi bila kau sedih, memang sengaja aku ingin kau marah sama aku. Kerana aku lebih senang tatap rupa angin ribut kau dari rupa muncung sedih kau.

Kawan, aku ada untuk kau bergembira.

SUPERHERO BUKAN AKU

Bebas aku rasa bila tonton si layang-layang menari-menari gembira di bahu langit. Indahnya tarian mereka macam tarian jazz.  Kalau aku diberi kuasa untuk terbang, aku akan cuba sertai mereka.

Siang bertukar senja, aku rasa amat sayu bila lihat si omabak merembat si perahu. Ombang ambing si perahu di gigi pantai menahan kesakitan bedilan si ombak. Mahu saja aku lepaskan ikatan mati si perahu biar ia belayar jauh dari ombak. Tapi maaf si perahu, kau bukan milik aku.

Aku tak punya kuasa untuk tindakan sesuatu. Aku bukan orang besar. Aku bukan orang yang ada nama masyhur di semua pelusuk tempat. Aku bukannya orang yang boleh mengarah itu ini.

Tapi aku hanyalah manusia biasa. Yang bisa kau lihat di jalanan kaki lima. Tiada kuasa superhero. Tiada kelebihan power. Tiada tongkat sakti. Tiada penyapu terbang. Cuma ada satu aku ada, iaitu aku. Aku memiliki aku. Jangan pertikaikan apa yang aku ada. 

Friday, June 4

REMAJA BINATANG

hati tiba-tiba tukar jadi periuk api yang bakal meletop bila aku bukak akhbar, tertulis di dalamnya, helmet hinggap tepat ke kepala bapa. apa tu? 

pisau di hunus ke perut si tua. kau tak pernah main counter strike ke masa kecik-kecik sampai perot bapa nak ditorehnya. meratap buas kesucian beradik sendiri. masa sekolah rendah kau tak belajar sains pasal kemaluan jantina? himpun ramai-ramai tunjuk siapa raja gusti paling mantap. apa semua ini boleh jadikan kau perdana menteri? remaja tersangat handal era ini. sumpah aku tak tipu.

mana sekolah yang didik mereka? mana pergi agama yang di bisikkan ke dalam hati mereka? liar menjadi-jadi. belum ditambah tolak dengan golongan ketagihan serbuk-serbuk putih. belum didarab bahagi dengan kelompok sedut gam kaler coklat cair-cair, sampai stim kepala hotak. 

harusnya pada siapa patut aku salahkan. ibu bapakah? mungkin perlu tuding jari pada ibu bapa. mereka yang mejadikan anak binatang. tidak pernah sekali anak ditegur memakai skirt pendek. tiada niat untuk skodeng dengan siapa anaknya bergaul. anak keluar rumah sesuka hati macam hotel 5 star dibuatnya, tapi ibu bapa langsung tak pernah soal. 

betul aku ucap tahniah pada remaja sekarang. mereka memang hebat. fizikal sangat kebal hinggakan tiada gerun buat jahat. SIAL punya manusia macam kau orang. buat negara aku tinggal jadik tak aman. pergi matilah kau orang wahai remaja-remaja JAHANAM.

Tuesday, June 1

BISIKAN TAHI

saya mendesak, hak kau tak perlu jaja pada orang ramai. kalau mau benci pada orang, jangan bisik-bisik malu pada saya. demi Tuhan, saya tak berminat. sangat wajibkah menceritakan kehodohan orang lain pada kawan-kawan? saya rasa sunat pun tidak. 

tamatkanlah segala penghasutan syaitan kau. lebih baik kau keji si israel yang suka main tembak-tembak daripada kau jatuhkan orang yang sama agama dengan kau. *tahi! 

saya akan pandang kau macam permata blink-blink kalau hati kau suci tak ada debu karat busuk. tapi jangan kau indah di mata sahaja, tapi belakang ku, kau iblis. aku dah lekatkan cctv di setiap corok lohong pembohong, biar aku dapat saksikan wajah sahabat seperti kau.

sudah, saya mau berhenti bercakap pasal kau. dengar teguran aku ini, sebab ia adalah tegas. ok, langsai.