Monday, September 27

SANGAT SHIT

saya ada tangan. tangan saya kadang-kadang baik. kadang-kadang macam jahat. macam aje. tapi tidak rasanya. sebab saya kan baik. awak pun ada tangan kan? tapi tangan awak busuk. suka buat jahat.


saya ada mulut. mulut saya selalu bercakap kebaikan. cuma kadang-kadang terkena hasutan para mahkluk Laknatullah, yang jadikan mulut saya tak berhenti mencela. itu satu pengakuan. maaf kiranya sakitkan hati awak.


saya ada otak, dan otak saya sempit sekarang ini. saya sebenarnya tak ada idea nak tulis blog. sebab tu post kali ini macam haram jadah. saya tak ada mood untuk berpikir guna ayat-ayat puitis. dan awak juga ada otak, awak pikirlah sendiri. assalamualaikum (nabil raja lawak)

Saturday, September 25

KHIDMAT TANPA CUKAI

aku capaikan jari-jemariku demi untuk kepuasan kau. kau mau itu, aku ambilkan. kau mau ini, aku kautkan. kau benci sana, aku lemparkan. kau jijik sini, aku tindaskan. segala-galanya wahai teman. cuma itu dulu, tidak lagi kini.

sekarang, padah pula mengangkat aku ke lembah busuk. aku yang menanggung segala balasannya. kau tidak rasa kerna aku menjadi perisai agar kau tidak bisa kena walau sepercik kehinaan. aku lindung demi kesenangan kau. aku lumpurkan diri dalam lombong penyeksaan semata-mata melihat senyuman kau. 

biarlah kau tidak pernah tahu kehadiran aku dalam wayang duniamu. cukup sekadar aku lilihkan titik peluh aku untuk hayatmu. aku sadar yang kau ibarat ferrari. aku cuma kereta mr. bean yang pakai mangga untuk kunci pintu. martabat kita jauh berbeda. 

apa yang aku harapkan, di hari-hari akhir nafasku tercipta, moga kau sedar bayangku jua satu hari nanti. insyaallah pasti.

Friday, September 24

JIWA KAGUM

aku kagum benar dengan dia. pandai berkata-kata. pandai menarik perhatian ramai manusia. kata-kata membakar jiwa dan semangat semua yang berdiri di depannya. 

semuanya pakat tepuk tangan setiap kata-kata yang diucapkan olehnya. macam mana seorang boleh menakhluk pemikiran satu dunia. dia bukan manusia biasa. mungkin dia dianugerahkan bakat berkata-kata terhadap orang ramai. 

menabjub bukan? kalaulah aku diberi bakat sebegitu, mungkin aku boleh tawan satu dunia. pasti ramai yang tunduk pada aku. aku bercakap tentang HERR HITLER. walaupun dia jahat, tapi aku kagum dengan kemampuan dia. wah, sangat teruja. 

ok, itu sahaja.

Thursday, September 16

minggu depan kasi tolak semua lemak-lemak.


aku mau sekatkan segala pemakanan berlemak.


ya, aku mau kuros, kuros seperti yang lain! 

Friday, September 10

SENTUHAN HATI

hari ini aku cukup tersentuh dengan apa yang berlaku. detik-detik sejarah tercipta pada hari ini. ku pohon kemaafan dari abangku. aku tersentak dan sayu bila beliau menitiskan air mata. 

pertama kali di hari raya, insan yang telah aku kenali selama dua puluh tahun, yang sangat keras hati untuk berhati sayu, hari ini telah memberi aku kesedaran betapa beliau menyayangi aku. 

maafkan aku abang sekiranya ada salah silap. aku menyayangi kau jua. aku akan ingat pesan kau wahai saudara kandungku.

DOA KECIL

aku pandang kau, manis dengan senyuman. kau senyum buat aku rasa senang. setidak-tidaknya, kau gembira ada aku. risau aku takut-takut terbuat kau sayu. maafkan aku kiranya berlaku.

tapi akan datang, aku belum dapat bayangkan. masih ke aku mampu buat kau senyum seperti kini. atau aku pencipta segala duka bagi kau. aku harap tidak. selagi aku dan kau masih di berikan nyawa, aku janji buat kau tak serik untuk senyum. 

SELAMAT HARI RAYA insan yang aku sayangi. moga kau dipanjangkan umur untuk aku disisi kau.

Saturday, September 4

PARI-PARI DUNIA

aku sangkut tepi kalangan para pencinta. aku teriak tanda menagih petunjuk tentang dunia. terkepit aku pada sang cinta dunia membuatkan aku tersungkur rebah. lalu aku bangkit mencari siapa yang benar mahu ambil berat sama aku. meraba-raba aku dalam kegelapan dunia dengan jiwa gundah.

dimanakah dia sang pencinta. tolong cepat kasi aku seorang yang bisa bikin aku berdiri teguh. seorang yang bisa buat aku berjalan dengan megah tanpa kaki yang ketar-ketar. seorang yang bisa aku lawan perasaan sunyi selama hayat ini. temukan aku sama dia. temukan aku sama pari-pari itu.

aku masih lagi terhuyung hayang membuka langkah kaki ini. aku perlukan seorang yang mampu pimpin biar aku berjalan dengan betul. dan aku terus menapak selangkah demi selangkah dengan harapan ada yang sudi mencapai tangan aku, pimpin aku ke cahya sinar bahagia. 

aku juga berjanji tidak akan berhenti keliling satu dunia selagi pari-pari indah tidak aku temui. 

PERINGATAN

Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya

Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya

Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang Malaysia
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya

Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya

Selamat hari raya
Selamatlah beraya
FUCK!

AKU MAKIN GEMOK!


Wednesday, September 1

KESAT MENDALAM

Aku tau aku bukan yang terbaik. Aku juga tau yang aku tak sempurna. Sifat keji sentiasa menyebelahi aku. Aku tegur, aku caci, aku maki pada aku tak gemar dengan kata-kata yang bisa kasi gegendang telinga jadi dingin. Itu keburukan yang aku serlah kasi mata-mata pemerhati sedar tentang busuknya sikap aku.

Tapi aku tegur ada makna, aku maki pada yang salah, aku caci demi kebenaran. Ya, memang kaedah aku salah, tapi untuk kasi mata-mata sayu tersentak lalu membulat. Itu cara aku bagi kesedaran. Mungkin agak kasar tapi mendalam kesannya.

Aku tak kata aku sempurna. Mungkin hidup aku serba serbi tergolong dalam dosa. Tapi tidak seperti kalian manusia menghasilkan sekelompok dosa kesilapan. Apa yang patut aku ludahkan, aku ludahkan saja. Tanpa sesaat pun aku bazirkan untuk berpikir.

Maaf aku pohon dari kalian terlebih dahulu sebelum dendam kalian lebih menggunung tinggi. Kau perlukan ayat-ayat nasihat, aku boleh curahkan. tapi jangan kau simpan kepedihan akibat nasihat aku yang tajam. Tahanlah selagi kau boleh tahan walau sebesar zarah perisai yang kau gunakan.

Cukuplah ini saja ucapan kemaafan tanda bersalah aku pada kalian. Apa aku harapkan, pikirkanlah. Aku bukan sengaja mau jatuhkan siapa-siapa yang terombang ambing, malahan aku cuba bantu kalian untuk berdiri atas landasan yang betul semula dengan gagah dan tabah. Selamat semua.