Saturday, January 2

HALAL HARAM

jauh di sudut semak hutan, kelihatan tardon (anak kepada tarzan) sedang mengasah bilahan keris dengan jiwanya yang rakus. bersendirian seakan-akan bersandiwara keseorangan di situ. hakikatnya tidak. seorang semut di kaki tanah sedang khusyuk mendengar cerita si anak tarzan.

dengan secara disangka-sangka, tardon berkata, "sebenarnya aku kelaparan. tapi aku sudah jemu bersantapkan buah-buahan tiap hari. aku teringin tuk mencba kelazatan daging. tapi aku x mahu kan daging yang x berkhasiat seperti kau mut!"

"kau menghina keluarga semut ya? bedebah kau manusia bercawat! berkemungkinan besar tarzan pasti akan memarahi kau sekiranya kau menjamu daging haiwan. beribu kali tarzan sudah mengikatkan kau supaya tidak makan kawan sendiri," semut membalas.

tardon mencelah, "kalau semua haiwan dalam hutan ini adalah kawan, sipa yang mahu jadik musuh?"

tiba-tiba seekor babi melintas di situ, "shhhhh.. diam mut. kau nampak x? ada babi di situ. aku mau tangkap dan bawa pulang. nanti suruh umi panggang dagingnya. babi panggang sedap wooo.. marilah cik semut, kita kejarnya bersama," pelawa si tardon


dengan sewenang-wenangnya semut bersuara, "kau tau x yg babi tu haram di sisi agama? kau mau merasa lava dari api nerakakah? begitu mudah kau ingin mendaftarkan diri sebagai ahli neraka. insaflah kawanku si tardon. ingat-ingatlah tuhan.

tardon terdiam setelah semut memotivasikan dirinya. sebak di dada mula mempengaruh. berlinangan air mata mengalir di pipi. akhirnya tardon tersedu-sedu kenangisan lalu pulang ke rumah. sejak hari itu, dia dan semut tidak lagi bersua kerana malu. di khabarkan tardon x pernah keluar rumah serta rajin beramal ibadah.

*p/s: bukan sahaja manusia, haiwan pon tau halal haram.

No comments:

Post a Comment