Thursday, January 7

BELIAU



 mohd haikal atau lebih familiar sebagai fox si sasa merupakan si bongsu dalam kelahiran anak-anak si tua haji halim. telah diberanakkan setelah terlalu bosan dengan keadaan dalaman perut ibunya, pada tanggal 18081990 di sebuah klinik kecil yang telah ditarik keluar oleh seorang doktor mamak yang bergelar doktor jameelah ali.

mendapat pendidikan pertama di tabika kemas dan sekolah agama rakyat au4, di situlah beliau mengenal huruf. seterusnya beliau mengasah stamina akalnya dengan memperoleh pembelajaran di SK lembah keramat. dan hasilnya 4a 1 b di dalam upsr. lalu teros melebarkan kepaknya dengan mencapai result yang memberangsangkan di sebuah sekolah burok iaitu SMK seri keramat dengan mendapatkan hasil yang cemerlang iaitu 3a 6b. wah! agak bodoh budak ini. setelah sedar akan kebodohan, beliau berhijrah sekolah untuk tebos kesalahan dengan menduduki peperiksaan spm di SMT kuala selangor yang disangka akan membawa sejuta perubahan dalam dirinya. memang banyak perubahan yang telah beliau cetuskan, perubahan paling ketara , beliau menjadi setan. hasil kesetanan dirinya membuahkan keputusan spm sekadar 1a 4b 2d 2e 1g. bertambah bongok bebal budak ni. menangis sepanjang malam dah x berguna setelah kebenaran terbukti.


pertempurannya tidak terhenti di situ. meneruskan ilmu pertapaannya di sebuah company ceruk2 kampung yang dipanggil politeknik sultan salahuddin abdul aziz shah, shah alam. beliau mengalami pelbagai masalah disekitar proses pertapaannya, antaranya adalah masalah perempuan dan cinta. semua itu iblis, namun x dapat menjadik batu belah batu bertangkup yang cuba menghalang kebijaksanaan beliau. 3 pointer dalam setiap semester sudah cukup bagi beliau melegakan perasaan ibu bapanya yang berkocak kerisauan. kini dia sedang gigih berusaha mencapai impian. segala masalah ditampar pelempang jauh dari sisinya. kepada wanita, maaf dipinta. haikal kurang percaya pada manusia yang dilahirkan sebagai wanita (kalo khunsa, percaya gak la kot). setelah tamatnya ilmu pengajian pertapaan MASTER satu hari nanti, dia akan menyuruh ibunya carikan jodoh untuk beliau. 


impiannya hanya satu. ingin melihat ibu bapanya tersenyum dengan menikmati titik peluh beliau sendiri satu hari nanti pabila kejayaan dalam genggamannya. dia juga mengimpikan untuk menjaga ibu bapa tuanya pabila mereka reput tua kelak. kesimpulannya, haikal kini berada dimana-mana sekeliling anda. beliau masih bersama-sama anda berjuang, berhibur, berteman, segalanya untuk mencapai impiannya yang satu. FULLSTOP.

No comments:

Post a Comment