Tuesday, March 23

ANAK KECIL

kelihatan anak kecil berlari-lari di halaman rumah sambil memegang kapal terbang yang di hadiahkan oleh arwah ayahnya. tak disengajakan, anak kecil tersungkur menghempas tanah. kapal terbang yang digenggam kukuh masih bertahan di telapak tangan anak kecil itu.

anak kecil yang masih jahil tentang kematian belum tahu ke mana hilang ayahnya. lalu mencari ibunya yang sedang duduk di kerusi sandar di kaki lima rumah sunyi itu. si anak kecil bertanya pada ibunya.

"ibu, ayah tak pulang-pulang, dia tak rindukan kita ke? asyraf rindu ayah sangat. kenapa Tuhan ambil nyawa ayah? Tuhan tak kesiankan asyraf ke? kenapa Dia ambil ayah asyraf?"

ibu tersentak mendengar persoalan dari anak kecil. 

"asyraf tahu tak, Tuhan tu yang lahirkan kita kat dunia, dan Dia juga yang boleh bawa kita pergi jauh dari dunia. Tuhan sayangkan ayah. Tuhan cintakan ayah. sebab tu Dia ambil ayah. asyraf jangan marahkan Tuhan. Tuhan tu baik, lagi baik dari semua orang kat dunia ni. Dia akan jaga ayah elok-elok."

"asyraf pun sayang ayah. ibu tak sayang ayah ke? kenapa ibu tak halang ayah pergi? kenapa ibu biar tuhan ambil ayah? asyraf rindu kita bertiga makan malam sama-sama."

air mata ibu mula deras seperti tembakan senapang yang tiada hentinya, "asyraf, tak baik kita salahkan Tuhan. Tuhan tu yang cipta kita. kuasa Tuhan lebih hebat dari segala-galanya. Tuhan lagi kuat dari superhero yang asyraf tengok kat tv tu. ibu tak mau asyraf cakap macam ni lagi. ibu tak pernah ajar asyraf macam ni.

"asyraf mintak maaf ibu. asyraf janji tak kan cakap macam ni lagi. asyraf sayang ibu dan ayah. asyraf sayang Tuhan jugak."

kasih sayang yang digambarkan si anak kecil ternyata ikhlas. insan yang lebih kecil dan muda usianya lebih mengerti makna kasih sayang berbanding mereka yang berusia sudah. tamat.

No comments:

Post a Comment