Friday, February 26

PENGOMONGAN KOSONG


kau yang bernama manusia. perlu ke megah diri kau cerita itu ini dengan bongkaknya hadapan pendengar yang mungkin seminit lagi akan ludah tepat ke tapak muka kau? kau rehatkan sajalah mulut yang dianugerahkan oleh Tuhan kau. tiada yang akan menghulurkan sekeping duit 100 jika kau berkeriakan. 

aku meluat menjadi pendengar segala kisah takabbur kau. keyakinan yang tinggi dalam diri masih tidak dapat menawan hati penonton yang hadir depan kau. anggapan mereka terhadap kau hanyalah omongan kosong yang kau sering kali persembahkan pada penonton yang lain. malahan tiada yang akan menjadi juri bagi menghakimi kisah-kisah bombastik kau.

kau tak layak menjadi pencerita mahupun si penyair. apatah lagi menjadi pelawak. jika kau terbitkan novel sekalipun, mugkin tiada syarikat yang ingin membantu kau mencetak hasil luahan pendapat kau. kerana mereka tahu, kau hanyalah seorang omongan kosong.

2 comments: