Saturday, February 20

PENGEMIS HARAPAN

tolong jangan anggap saya begitu. saya bukan jenis yang gemar menganjing menghulur lidah mengikut jejak langkah tuannya. maaf, saya tidak di cop oleh brand macam itu. dan saya tidak akan meniup-niup angin kepada diri awak walaupun awak telah sentiasa sejuk. saya bukan jenis yang akan bersila di tepi jalanan menagih simpati dari awak-awak yang senang. so, jangan tuding jari hantu pada saya menyalahkan semua. 

bukan saya bermain dengan jiwa manusia, tapi saya akan tinggalkan sesuatu objek itu sekiranya objek itu tidak memberi tindakbalas yang sempurna kepada saya. itu pendirian saya, mungkin jua dari pandangan sisi saya yang amat jauh. jadi, jangan terkejutlah kalau saya ghaib dari dunia awak-awak semua. 

saya amat berbesar hati untuk mengemis maafan daripada awak-awak yang terasa dan yang menganggap saya salah satu dari jenis tahik. memang saya mengaku kerana awak-awak pun manusia seperti saya yang tak sempurna, bukan silap saya jika saya tak sempurna. awak pergilah salahkan manusia. sebab saya juga manusia. haha. jangan pening dengan statement ini. hanya putaran kata-kata yang dibuat.

No comments:

Post a Comment