Sunday, August 29

CERITERA RAMADHAN

bulan ramadhan mulia ni, banyak benda yang akan berubah. perasaan berubah sampai ke tempat belajar. tak ada semangat nak belajar. hari-hari muka pensyarah yang sama keluar masuk kelas. tak boleh ke megan fox, tak pon miley cyrus ke yang ajar aku. baru la semangat belajar aku up sampai ke tahap 5 bintang. dup dap dup dap jantung aku bila tengok lentik je! lentik bulu mata diorang. jangan la anggapan yang salah.

dan keduanya, hari-hari buka makan macam-macam. padahal tak lapar mana pun. nafsu makan mengalahkan nafsu kuda makan rumput. pergi bazar pelbagai jenis lemak kolestrol diusung bawak balik. padahal makan kuih tiga empat keping pun dah kenyang. makan banyak-banyak pun hasilnya tahi jugak. tak adanya makanan tu simpan sampai sepuluh tahun. so, jangan batak sangat membeli belah kat bazar tu.

isu ketiga dalam post ini adalah tentang perempuan yang tak dibenarkan berpuasa. darah aku betul-betul melebihi takat didih suhu termometer kalau tengok para perempuan tak reti adab disiplin masa bulan puasa ni. makan minum suka hati depan orang. tau la kau orang dapat MC bercuti. even kau tak puasa pun, janganlah bangga tayang selekeh kau depan orang puasa tak adanya orang nak tepuk tangan bersorak kalau kau tak beradab. sebab aku dah jumpa perempuan jenis ni kat McD ari tu. kepada kaum hawa, jangan amalkan ok! 

dan yang terakhir, aku nak berenti menaip. sebab malas nak taip lagi. itu sahaja dari saya yang tak sempurna. 

No comments:

Post a Comment