Monday, October 26

SAKIT TERJOJOL

hari ni, seperti biasa, bangun pagi. bermandi manda lalu bersiap. wave 100 kesayangan x digunakan sebab diberi rehat untuk beberapa hari. kesian motor tua 2, kalo lah dia boleh bercakap, dia mesti nak mintak MC selama-lamanya. biarkanlah dia rehat. tapi x dapat ar lama-lama, memang aku bakar tayar kau wave. ingat wave, masok dalam pala hotak ko! motor wave hitam zahir jadik mangsa rempit aku pagi 2. sory zahir, aku pinjam motor ko.


perjalanan diteruskan. tiba2 lak simpang nak masok poly 2, hari ni tutop. manusia gampang manalah yang berani tutop jalan dipertuan agong 2. adoyai.. dah lah lambat, kena u-turn lak 2. xpe2, 2 semua dugaan untuk aku melakukan ibadah. belajar ni pun, satu ibadah kan? kan? rasanya lah, kalo silap, hari khamis nanti, aku tanya ustad aku.


sampai parking motor poly, perut lak menimbulkan masalah yang sepatotnya bukan masalah aku. merana-rana mintak sesuap makanan. kang aku hulor 100ribu suap makanan, tercirit ko! nak je aku hentak perut pagi 2. dah lah ngah saving, ngada2 nak mintak di isi. dengan perasaan marah pada perut, aku biarkan perut menjerit sorang2. bukan orang lain dengar pun.


masa dalam makmal, pergh....... memang aku panas hati betul la. perut ni dah melebih ni. makin aku diam, makin menjadik-jadik lak dia. aku sumbat dengan rumput ko tau la perut. abes je makmal telekom tadi, aku terus gerak TTDI. kena u-turn lagi, naik menyirap lak aku. esok kalo jalan 2 x bukak gak, memang aku bunoh dato bandar ni. nyusahkan umat jelata.


chil la. memang dah xleh sabar betul lah perut ni. nafsu kuda betul. tapir pun xde nafsu macam 2. berhenti kat lori nasi lemak tepi jalan. makcik 2 senyum je. bukan sebab sambut kedatangan customer, tapi senyum sebab akhirnya ada gak customer yang nak beli nasi lemak dia yang x sedap 2. haha. sial la aku ni. selesai mengayat makcik 2 je, aku pon pecut laju meninggalkan kuda2 yang lain dibelakang. memang xleh tahan. member2 semua lambat. cepatlah korang!


perut aku dah sangap ni. apabila pintu rumah dibuka, bungkusan nasi lemak makcik yang senyum2 tadi dibuka. lalu disuapkan kedalam mulut maka berlakukah proses pengunyahan dan pengisian ke tangki perut. puas ko perut? puas? jangan nak memekak lagi. tolonglah, x senang lah nak layan ko.


berapa minit setelah nasi lemak licin, sedang aku berbaring2, perut mengetok2 lagi. kali ni, bukan perut je yang bising, malahan isi2 dalam perut bising gak. isi perut merayu untuk dilepaskan. argh!!! macam2 la ko perut, dah isi, nak dibuang pulak. pundek betol. sampai sekarang, aku masih x lena nak duduk. asyik nak melabur bursa saham dalam syarikat pertandasan malaysia. tolonglah, sakit ni! tolong!!!


*p/s: lain kali, kalo perut lapar, wat bodoh je sbb akibat dia lagi teruk kalo korang bagi perut makanan.

No comments:

Post a Comment