Saturday, October 24

HARI, KAU BOSANLAH

satu hari dipenuhi 24 jam, dan aku masih di sini. terperangkap dalam dunia yang kebosanan. yang sudi menemankan diriku hanyalah kesunyian. tidak langsung keluar dari bilik, dari siang hinggalah munculnya malam, dan malam hadirnya siang setelah itu. kesian perut ku diseksa, disebabkan aku, perut menjadi mangsa kelaparan. maafkan aku perut, bukan aku tidak mahu menghulurkan kau makanan, tapi hati menghasut tuk tidak makan kerana tiada teman. seharianku menghadap wajah komputer riba kepunyaan sahabatku. tika aku tidur, terjaga, binatang inilah yang menemaniku. sunyi dan sepi bersahabat karib dengan diriku tika ini. tiada hala untuk ku tuju melainkan bilik. ruang yang kecil inilah yang dijadikan tempat lenaku. handset ku juga meniggalkanku dengan mematikan dirinya. hayatnya telah diambil kerana tidak diberi makan arus (tu lah sape suroh x charge).

herm... apa yang hendak ditaip oleh jari-jemariku sendiri tidak tahu. minda tidak ingin meluahkan idea nya. bodohnya minda. apa yang dapat ku simpulkan adalah hari ini hari yang teruk. rindu rasa hati ingin pulang ke rumah untuk berjumpa keluarga. dapat juga ku menjamah makanan yang lazat. tapi, diri ku berat tuk bergerak. aku juga rindu akan dirinya yang ku cinta. seharian tidak berhubung. x mengapa, semuanya dugaan. bagi lah aku keriangan wahai hari yang membosankan!

*p/s: xde keje camni la, bosan gile doe!

No comments:

Post a Comment