Friday, October 16

CIOM MOLOT LAJU-LAJU

apa benda yang gambar sebelah ni tengah buat? adakah satu amal ibadah? apa yang aku nak cerita ni, betul-betul happen depan mata aku. tidak ku sangka jawa menjadi BUSH.


petang satu hari tu, hari apa tah, aku pun x ingat. hari khamis kot. lepas kecewa tau yang kelas math dibatalkan, aku bergegas mendapatkan brunsfild (apartmen yang aku sewa) untuk check out sebab nak balik kl. nak balik umah mak apak aku. lepas start enjin, motor aku teros cabot. yang tinggal hanya lah asap motor tuk dihidu oleh security apartmen tu.


dalam perjalanan yang mencabar itu, yang harus di tempuh onak duri liku perjalanan seorang anak yang ingin pulang ke rumah apak, tiba-tiba lak hujan selepas melepasi garisan sempadan dataran merdeka yang penuh bersejarah tu. aku pun kelam kabut cari tempat teduh. semua tempat teduh di jalanan telah dipenuhi oleh kambing2 yang takutkan hujan (penunggang2 motosikal). hahaha. setibanya di stesen monorel hang tuah kot, rasanya hang tuah, brek motorku ditarik. maka berhentilah roda wave 100 ku disitu. lalu enjin dimatikan. pergh basah!! helmet je la yang basah gila. bersama aku, ada la dalam 5 penunggang yang merempit motor berlainan jenis berteduh disitu.


masa aku baru memulakan ciptaan angan2 pak pandir dengan gaya memandang langit sambil pikirkan impian hidup bersama nik nurul fatin aini, adalah dua motor ex5 ni park sebelah aku. nak teduh gak lah kononnya. gaya macam mat rempit. dua2 moto 2, bonceng awek kat belakang. aduh, pecah sial. pecah doe awek yang mamat2 tu tatang. sowang gedik2 cam pondan. sowg lagi geletis cam bapok. geli tekak nenek aku kalo tengok.


aduh, makin lama aku kat situ, makin rasa cam sakit pewot nak terberak keluar taik kat telinga pasangan2 geli geleman 2. aduyai. aku pun ada yang tersayang, xde pun cam kowg bodoh!!! tiba2 salah satu pasangan tu, cium molot. lorh! terkejot pakcik depan motor aku sampai terjatuh handset dia ke tar jalan raya yang gelap tu. korang ni bangsa apa? kepercayaan mana? bikin agama gua malu la wey! kalo ye pun nak bercium, pilih la tempat yang sesuai. dalam bilik stor ke. kalo nak memanjangkan tanduk syaitan dalam tu pon, aku xkisah la. tapi jangan la tunjok depan orang. lagi2 orang tua yang tunggu mase nk goal je. kalo wat nya org tua tu terkejot and kene sakit jantong. x ke mampos orang tua tu. xpasal2 jadi isu dalam harakah. haha.


pikir la sedara-sedari yang pernah melakukan sesuatu yang kurang elok dimata khlayak ramai ini, hentikan gejala sosial anda itu kerana boleh menjejaskan nama baik agama. kalo sangap sekali pun, carik tempat2 yang bersesuaian dengan tajuk yang akan anda lakukan, yang tertutup sikit. harap, tiada lagi benda2 camni terjadik depan mata aku.


p/s: sayangilah warga emas.

No comments:

Post a Comment