Sunday, October 11

MEMORI MASA

sunyi bersaudarakan sepi menguasai ruang kosong di hujung sudut sebuah kedai buku usang. sebuah bangunan yang penuh kenangan kau dan aku. pelbagai memori telah kita pakukan di papan iklan hati. tapi kini realitinya aku sendiri ditemani suara riuh sang kipas yg mungkin bakal rebah ke lantai bumi jika 100 tahun lagi masih di situ. ku pernah carutkan erti sahabat, hasil nukilan sebuah novel di situ yang bertitle "sahabat sejati". saatku membacakan secebis petikan dari kandungan karya agung pengarang itu, kau hanya mampu melemparkan senyuman yg jijik. rasa seperti ingin calitkan taik ayam di pipi mu. haha. masih lucu rasanya jika dikenang kembali.


tapi itu dulu. kini ku akui, masa cemburu pada kita, mengganggu merubah segalanya. kau dan aku kini berjauhan. tapi gambaran dirimu tetap berada dekat denganku. sukar disepak terajang keluar dari kotak pikiranku. masih segar dr ladang tika saat kita gelak tawa, kejar mengejar, tumbok menumbok, cubit cubitan, segalanya! sehinggakan kita popular di kalangan penduduk di situ. aku rindu pada semua itu. kalaulah dapat ku menterbalikkan arah putaran jam, jam akan berputar ke belakang, akan aku gamkan jarum jam gunakan gam gajah, agar jarum tidak berpusing menghitung waktu lagi. dan kita x kan berganjak dr dunia itu.


detik, saat, minit, jam dan waktu yang berputar kini, mengangkut kau pergi bersama haluan kau. aku dan haluanku. persahabatan yg telah kita bina lama dulu amat kukuh bagaikan tembok besi medan perang dunia ke-2, kini reput akibat masa yg berlalu panjang juga disebabkan hujan dan angin iaitu antara faktor2 besi mudah karat. kau masih mencari dan menunggu seseorang yang akan mengetuk gerbang hatimu. sampai bila pun x kan terjawab persoalan itu. tapi aku disini masih sama. masih belum bisa berlari 4 kali 100 meningalkan apa yang aku ada. aku punyai insan lain sejak sebelum kita kenal lagi. cinta ku setia walaupun terdapat pergolakan. sama seperti setiaku pada perkawanan kita. jangan kau beranggapan dirimu dirembat keluar dari hidupku. tidak pernah sekali akal kecil ku mensetkan data yang sebegitu. bahkan kaulah antara rakan setia suka duka, mental gila, yang aku kenali. walaupun kita berjauhan kini, serta jarang sekali untuk berhubung, apatah lagi berjabat bergusti, tapi satu yang perlu kau ketahui, kau masih segar bercambah abadi dalam pahatan mindaku.

No comments:

Post a Comment