Tuesday, October 26

SEBELUM TIDUR

hidup bukannya selalu indah. orang yang cakap. tapi bagi saya ianya harus setiap saat indah. walau setahi mana pun saat itu kita susah, atau tidak senang, kita perlu kejar keindahan hidup. dan faktanya lagi, belum tentu Tuhan kasi peluang hidup lama-lama. 

tak payahlah terlalu memikirkan kesusahan, walau seberat mana masalah tu nak dipikul, anggaplah ia seringan sehelai bulu mata. hidup perlu tenang, jangan kelam kabut. kelam kabut membawa banyak kesan rintangan kegembiraan kita. 

saya mahu jadi orang sejuk (cool). tak payah terlalu menonjolkan muka dikhalayak ramai selalu. sebab saya sejuk. dan lagi, saya tak mau saya hanya digunakan. walau saya hanya mengangguk, tak bermakna saya tiada perasaan memberontak. saya ada perasaan itu, cuma malas mahu pamerkan. 

maaf, saya tidak sempurna. dan anda tolong pahami apa yang hati saya mahukan. hati masih lagi melekat di dalam tubuh saya. saya harap, anda sedar itu. kalo saya boleh turuti kemahuan anda, kenapa tidak anda? 

sekali lagi maaf.

No comments:

Post a Comment