Thursday, April 22

TATAPI WAJAH AKU

kalau aku sudah tiada
tolong simpan kenangan kita sampai saat terakhir mata kau pejam. gelak yang aku cipta untuk kau, jangan kau berani nak kikis. sebab bukan senang aku nak munculkan senyuman kat wajah kau yang busuk.

kalau aku sudah tiada
tolong maafkan aku kiranya pernah goreskan hati kau bak pertandingan gores dan menang guna syiling. bukan niat aku nak darahkan hati kau sampai rabak lukanya. mungkin aku tak perasan setiap kata yang terbit kat bibir aku yang sexy ni boleh buat kau kecik hati mahupun marah. maafkan aku terlalu sangat dan amat-amat maaf.

kalau aku sudah tiada
tolong simpan segala rahsia yang pernah aku kisahkan kepada kau. jangan kau pergi news strait times tulis rencana bertajuk "secrete of haikal" lak kat salah satu page akhbar tu. jangan kau jaja cerita-cerita aku kat penulis skrip filem terkenal, risau kalau mereka-mereka berminat nak buat movie pasal kehidupan aku.

kalau aku sudah tiada
aku nak kau tahu, kau terbaik bagi aku. tak pernah aku anggap buruk pasal kau. walaupun kau lagi buruk dari siput babi. aku akan kenang kau walaupun aku dah tak nampah wajah sampah kau. haha! tiu sahaja yang aku boleh sinopsiskan, nak taip panjang lebar mungkin bulan depan pun tak habis.

kalau aku sudah tiada
aku nak kau tau, aku dah pun maafkan salah-salah kau. apa yang kau cakap, bagi aku hanyalah untuk jenaka. aku tau kau kan berniat tuk jatuhkan aku. ok, selesai

*semuanya aku tujukan kepada sahabat-sahabat yang rapat dan tak rapat dengan aku. korang wajib baca dengan feeling ok? end~

No comments:

Post a Comment