Tuesday, November 3

BYE SI BODOH

salahkah aku bertanya? salahkah aku ingin tahu sumting yang aku x tau? salahkah aku mendapatkan maklumat? soalan2 aku dianggap bodoh. soalan2 aku dianggap bangang. setiap soalan yang kau ajukan pada aku, aku jawab dengan tenang dan jujor. x pernah aku katakan, soalan yang kau tanya macam sial. tidak sekali. tapi itulah yang kau lakukan terhadap aku. kau layan aku seperti terpaksa. kadang kala aku terfikir, untuk apa kau nak tau, samada aku hidup atau mati. x penting pon bagi kau. kerana aku manusia bodoh yang sering bertanya soalan2 bangang pada kau.

apa yang kau hajatkan, aku makbulkan. apa yang kau impikan, aku tunaikan. apa yang kau inginkan, aku berusaha dapatkan. hati kau, perlu aku jaga rapi dan elok. perlu aku kipaskan dengan nyaman agar tidak menyala api kemarahan. kau suroh aku tundok, aku tundok. kau suroh aku sujod, aku sujod. apa lagi yang kurang puas untuk hati kau tu? kasih sayang, cinta-cintan, harta benda, kesenangan, kebahgiaan, kemewahan dan apa lagi? apa lagi yang boleh mententeramkan hati kau? cemburu kau, jelez kau, semuanya aku pikir. kadang, aku takut untuk berkawan dengan wanita. demi kau. segalanya aku lakukan demi menjaga kesejahteraan hati kau. agar tidak berlaku keemosian kau. tidak pernah aku mengongkong. tidak pernah aku membontot kau. tidak pernah aku menghalang apa yang kau lakukan. apa yang kau ingin lakukan, apa yang kau katakan, semua nya aku jawab "OK" atau pun "ORAIT". tapi kau masih ingin kan hiburan. aku tidak paham, adakah sesuatu yang buruk berlaku pada kau, baru kau sedar? kau ingin seperti itu?

tapi kini aku letih x berdaya. suka hati kau lah. apa yang kau buat, kini bukan urusan aku. kau yang ingin kebebasan. mugkin selama ini aku ibarat tembok penghalang "enjoy" kau. khidmat aku untuk kau telah berakhir. kalau aku terus bela hubungan ini, sikap kau tetap begitu. aku ingin lihat kau bahagia. mungkin inilah cara kau bahgia. ketiadaan aku, merupakan aset kebahagiaan. aku letih, ingin aku pejamkan mata buat seketika. melupakan apa yang berlaku. aku maafkan kau. aku harapkan, kau juga maafkan aku. tiada dendam dalam hatiku. pergilah, pergilah mengejar apa yang kau ingin kan. aku akan lenyap, lenyap dari hidup kau.

*p/s: weyh, haus doe karang blog. air sikit.

No comments:

Post a Comment