Wednesday, May 26

BETINA KETAGIH DOSA

perlu ke jalan dengan muka sampah yang membanggakan dengan apa yang kau pamerkan? bagi aku, tidak. tidak perlu. 


meluat dan jijik mungkin. tak kebulur pun nafsu aku tonton lurah atas dan bawah kau. perlu ke semua itu? bagi aku lagi, sangat geli. 

apa kau pikir, insan berjantina lelaki akan tunduk tiap kali kau lalu. kau pikir kau pamela anderson yang mampu menundukkan semua kaum adam? mungkin segelintir berjaya kau tawan, tapi aku tidak. kau mahu aku belikan kau jubah kasi tampal dengan gam gajah biar tak dapat kau tanggal jubah dari tubuh kau?

kau ingin pahala kau cukup 100% bagai air penuh satu tempayan, gara-gara penampilan rakus kau itu membuatkan satu titisan air sahaja yang tinggal di dalam itu tempayan. oooh wanita, kau adalah sebaik-baik ciptaan Tuhan, janganlah kau salah pandu undang-undang terhadap kejadianNya. aku senyum dan tertarik kalau tubuh seksi kau itu ditutupi dengan baju kurung cotton. 

*maaf, bukan niat tuk mencela

Tuesday, May 25

PINTAR SI MISKIN

betul aku sedih. satu orang anak kecil sangat pintar bukan dari keluarga berada. tapi benar si anak kecil ini menyerlah di sekolah dengan keputusan yang boleh memberi kebanggaan pada bapanya. 

bapanya hanyalah nelayan yang hanya tahu membanting keringat demi wang untuk anaknya cukup makan serta hadir ke sekolah. sayu muka si anak kecil bila lihat bapanya keluar larut malam labuhkan sampannya di ombak laut yang belum menjanjikan keselamatan si bapa. 

pernah anaknya berkata, 
"pak, biarlah aku berhenti sekolah agar bisa aku bantumu, setidak-tidaknya ringan lah beban kau pak"

bapanya hanya senyum tatap wajah anaknya itu. lalu bapanya berkata,
"tak usahlah kau risau nak, aku tidakkan merasa beban jika kau cemerlang di sekolah, kejayaan yang kau akan bawa satu hari nanti, akan membalas segala-galanya"

si anak mula melahirkan air dari matanya. menangis si anak lalu memeluk tubuh tua si bapa. dia bersumpah akan memberi kesenangan kepada bapanya kelak.

satu hari, si anak mendapat keputusan periksa dengan amat cemerlang. dengan berkaki ayam si anak miskin ini, dia melebarkan langkah berlari pulang bagi membawa sehelai kertas putih yang bermakna baginya untuk dipersembahkan pada bapanya.

sesampainya di halaman rumah yang tidak bersimen, dilihatnya bapa tiada. si anak kecil menunggu dan terus menunggu. tidak senang punggungnya untuk jejak di bumi tuhan ini. tiba-tiba datang seorang tua tidak dikenali memberi salam ke anak kecil. sinaran yang disangkakan permata rupa-rupanya air mata. titisan air mata si anak kecil memberi sejuta malang padanya. bapanya telah pergi jauh dari dunia sewaktu bermati-matian mengharungi omabak laut.

sejak itu, si anak kecil tidak lagi kelihatan di sekolah. tiada lagi kedengaran suara yang akan menjawab segala soalan pembelajaran yang diajukan cikgu. tiada lagi kelihatan senyum si anak miskin. kini dia menyambung apa yang ayahnya lalukan demi meneruskan hidupnya. anak pintar ini ketinggalan tidak seperti anak-anak yang dijaga sempurna. demikian.