Wednesday, December 15

TUNDUK SEKEJAP

malam tak semestinya dingin. siang tak mungkin terik hingga ke senja. fenomena alam boleh berubah dengan kuasa Yang Esa. fajar terbit lagi menyuluh kegelapan  kediaman insan bergelar hamba.

manusia dianugerahkan pelbagai rupa dan gaya. yang sempurna, majoritinya buat-buat lupa pada tuhannya. kedengaran riuhan si pemungkar bersorak-sorak ditaman maksiat menyunting dosa. usah dipikirkan kalian akan sempurna selama berabad lamanya. mereka yang kurang upaya, sentiasa sujud akur serta syukur dengan takdirnya.

bumi merangkak mengelilingi orbitnya. tahun berganti abad, abad bertambah usianya berganti dekad. kehidupan ada garis tamatnya. bukan kekal bak syurga yang indah. bukan panjang usianya bak malaikat si taat setia. tiada erti bahgia selagi hari penamat belum menjelma.

aku tak kata aku sempurna, aku juga hamba yang alpa, keperibadianku ada saja yang cacat cela. walau tangisan lava yang aku hasilkan, tidak mungkin aku akan ke syurga tanpa usaha merentasi jambatan mustakim. kini aku sadar, aku milik Tuhan Yang Esa. 

1 comment: