Tuesday, August 28

BUKAN MILIKMU


manusia sering kali tidak bersyukur, apa yang ada pada mata mereka, masih tak sempurna. sudah ada satu, mahukan dua. lumrah manusia yang kurang dekat dengan tuhan.
kadang aku terpikir, sifat manusia seakan pelik. apa yang diisi dalam hati, sehingga jadi hitam berkulat. sehingga mati tidak pernah penuh tahap kehendak mereka. 
kau sudah ada, yang pasti kau miliki, tidak perlu lagi kau genggam yang lain. yang kau ingin genggam, bukan bebas. sudah ada tanda hak milik orang, tapi enggan juga kau mengalah. 
wahai manusia, bukankah tuhanmu sudah ciptakan sesuatu untuk kau miliki, tak usah kau khianati ciptaan tuhan dengan caramu yang tamak. cukuplah satu, sekadar satu. 
aku juga manusia, tidak juga sempurna, tapi masih waras untuk pikiran yang diberikan oleh-Nya. 

Tuesday, December 27

SI PEMUTAR KAYU

orang kata, hidup ibarat roda, sekejap diatas, dan sekejap dibawah, kemudian diatas semula, seterusya dibawah, selepas itu diatas balik, sampai kiamat tak kan habis menaip kalau gitu.
konsep hidup ibarat roda masih aku kekalkan, tapi maksud pada gambaran yang lain.
roda yang hidupnya tak pernah penat berputar sehinggalah sampai ke destinasinya. dan aku juga begitu, cuma aku letih, letih untuk melayan dunia, terpaksa aku melihat kerenah dunia demi perjuangan hidup.
roda kaku apabila sampai hala tujunya, dan sekali lagi aku begitu, berhenti apabila nyawa sudah tiada. dan disitu, akan ku rehatkan diri yang saki bakinya sudah tidak bermaya lagi.
satu hari nanti….