aku bertapa sorang2 tepi kolam. tengok ikan ngah main nyorok2. tak tentu pasal, ko datang landingkan bontot ko sebelah aku. aku pandang ko baik2, ko usha panas2 kat aku. ko tanya, aku sayang ko x? aku rasa ko bodoh sebab tanya benda yang ko dah tau. tibe2 mulot ko gatal tanya aku apa makna CINTA? apa yang aku tau cinta tu, bila aku tepuk kepala ko, ko sakit. bila ko tepuk perut aku, aku senak.
aku nampak india aku maki. ko nampak cina ko puji.
aku suka hitam. ko suka putih.
aku nmpak awek cun cutting baik, aku tinggalkan ko. ko nampak mamat kacuk macho bergaya, ko tinggalkan aku.
aku suka jessica alba. ko suka saiful apek.
aku pakai telekung. ko pakai songkok.
aku pikir positif. ko pikir negatif.
aku jalan-jalan naik lori. ko siar-siar naik kereta kebal.
aku nak ko jadi suri rumah tangga. ko cakap kat aku, baik jadik suri tiang. aku jawab apasal tak jadik tiang masjid terus? then, ko buat muka ketat. ko angkat kaki berlari 100 meter. aku pun terus terjun dalam kolam mandi dengan ikan2. kisah kita berdua ada MAKNA tapi tak ada PENAMAT.. Ko rasa apa KESIMPULANNYA?
Tepat pukul 7, mata yang malas dicelikkan. Dibangkitkan jasad yg lemah longlai terus dihadapkan ke muka pintu tandas. Hari-hari yang telah dan yang akan berlalu semunya begitu, tiada pun keajaiban yg berlaku. Indahnya jika dibayangkan, wajah2 tua pensyarah yang perlu ditatap setiap pagi lenyap secara tiba-tiba. tidak perlu lagi mendengar ayam gampang yg mengembek di handset ku everymorning. Tiada lg kaki yg hinggap di tubuhku akibat ke"lazy"an tuk bangun di dunia yg nyata. Sememangnya ku akui, alam mimpi bagaikan berada di syurga yang tiada dosa.
setelah diri disiapkan, stokin dan kasot mengambil alih tugas tuk disarongkan, lalu menapak menuju ke satu tempat, saat2 yang perit akan berlaku di situ. Kepanasan yang dirasai di dalamnya bagaikan neraka wil-wil. Tubuh bagai dicurah arang kayu yang digunakan tuk membakar sate. "Din dong" pintu lift terbuka. Pergh.. begitu sesak sial. Seperti bazar ramadhan yang aku kunjungi ketika hari-hari puasa yang lepas. Nak x nak, dipaksakan juga diri tuk masuk ke dalam ruang sempit itu. Pelbagai haruman perfume dapat ku hidu. Dunhill desire, hugo boss, CK 1, one drop perfume, senang cerita, banyak lagi la kalo nk disenaraikan kan. Kedua-dua lubang hidung ku tidak dapat menepis bau-bauan itu. Detik, saat, minit, ku hitung sendirian di ruang hati sementara menanti pembukaan pintu gerbang. "Din dong" berbunyi sekali lagi, tercungap2 aku mendapatkan kesegaran oksigen pagi. Sambil membuka langkah berlari anak babi menuju ke motor. risau waktu semakin suntuk. "Preng" enjin dipanaskan. "Preng" sekali lagi, saja membakar line di hening pagi, lalu memutar trotal menuju ke penjara jiwa.
Perjalanan ku terhenti di lampu isyarat. Menunggu atok2 polis mengawal lalu lintas, kelihatan buzy sungguh atok2 ini melayan kerenah pemandu2 celaka yang tidak sabar2 menunggu giliran tuk jalan. Giliranku diberikan untuk memecut laju, bukan memancut. Setibanya di parking, motor digari lalu menuju ke pengkalan. Menanti ketibaan Yang Berhormat Pensyarah dengan penuh dendam jika diimbas kembali kenangan2 lalu. Kalau aku yang lambat, menyalak bagai nak kiamat dunia ni tapi pabila giliran mereka yang lambat, senyum yang barangkali dipikirkan menawan di lemparkan pada para penuntut. Sekali aku shoot, rebah jatuh ke lantai politeknik yang hodoh.
Begitulah harianku yang malang, yang perlu aku hadapi setiap pagi. Aku impikan keajaiban yang berlainan berlaku pada pagi hariku setiap hari. Namun tidak pernah sekali ditayangkan pada hidupku. Mungkin itu hanya impian.
*sok ade tez, rilek je mengarang blog