Sunday, December 2

HARI KEENAM


hari ini hari keenam kau pergi. yer, aku masih tiada teman bila kau tiada.
tak apa, lagi 2 hari saja lagi. aku terus tunggu kat sini.

Wednesday, November 28

HARI KEDUA

hai cik pelat, saya sangat2 bosan dan sunyi kau tak ada. kononnyaa semalam nak update, tapi tak sempat, busy sangat. kalau sana tak boleh guna line, pakailah wifi dan silalah baca blog. saya tak ada teman borak, tak ada teman bergurau, tapi paling best tak ada orang buli. haha! dan hari ni hari kedua kau pergi. jaga diri. bye!

Monday, October 22

TIADA APA

hari semakin gelap, bayang kau masih tak kelihatan, di mana kau, aku masih menunggu, biarpun aku tahu aku bakal menyaksikan kegelapan di malam hari. mataku sebelah tidak bermaya untuk melihat dengan sempurna, bingkai yang aku gunakan untuk memenuhi hasrat penglihatanku, telah pun patah dan pecah. tidak apa, aku setia menunggu. akan ku ganti nanti, tunggu saja aku sorang di sini. 

tidak lama, kau hantar pesanan, katakan tidak jadi. aku hanya tersenyum. terima kasih, tidak apalah, hari pun sudah gelap, mungkin ada baiknya tidak jadik, tidak akan jadi apa-apa nanti. pulanglah, pulang ke pangkuan keluargamu. sebentar lagi aku pula akan pulang bersama mata yang kurang jelas untuk memandang bumi tuhan yang cukup sempurna. 

sampai disini, aku mahu pulang. senyum ku hanya untukmu. :)

Tuesday, August 28

BUKAN MILIKMU


manusia sering kali tidak bersyukur, apa yang ada pada mata mereka, masih tak sempurna. sudah ada satu, mahukan dua. lumrah manusia yang kurang dekat dengan tuhan.
kadang aku terpikir, sifat manusia seakan pelik. apa yang diisi dalam hati, sehingga jadi hitam berkulat. sehingga mati tidak pernah penuh tahap kehendak mereka. 
kau sudah ada, yang pasti kau miliki, tidak perlu lagi kau genggam yang lain. yang kau ingin genggam, bukan bebas. sudah ada tanda hak milik orang, tapi enggan juga kau mengalah. 
wahai manusia, bukankah tuhanmu sudah ciptakan sesuatu untuk kau miliki, tak usah kau khianati ciptaan tuhan dengan caramu yang tamak. cukuplah satu, sekadar satu. 
aku juga manusia, tidak juga sempurna, tapi masih waras untuk pikiran yang diberikan oleh-Nya.